Cara Hilangkan Panau | Bagi anda di luar sana yang menghadapi masalah panau ini sesuatu yang memeningkan kepala anda bukan? Ini kerana panau bukanlah mudah hilang lebih-lebih lagi apabila anda mendapat penyakit kulit ini orang akan fikir anda seorang pengotor dan tidak pandai jaga kebersihan.
Usah risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang petua untuk hilangkan panau yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup.
Caranya adalah dengan menumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau.
Sementara itu, anda dinasihatkan jangan memakan lengkuas sepanjang mengamalkan petua ini.
Petua yang lain juga ada menyebut boleh menggunakan daun pinang. Daun tersebut ditumbuk lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.
0 Response to "Cara Hilangkan Panau"
Post a Comment