Hentikan Spekulasi! Arwah syuhada seorang muslimah yang sejati!


Kematian ngeri penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, Nursyuhada Johari, 20 petang semalam masih menjadi sesuatu yang mengemparkan negara.
Walapun lelaki yang dikatakan bertanggungjawab melakukan jenayah itu telah ditahan pihak berkuasa, namun episod untuk keadilan dapat ditegakan masih jauh.
Umumnya, kita semua mahukan lelaki tukang masak tersebut dibawa ke tali gantung secepat yang boleh namun ia tidak akan berlaku dengan pantas kerana masih ada proses perbicaraan mahkamah yang perlu dilalui.
Seperti kes-kes lain yang mendapat perhatian ramai, kes Nursyuhada juga tidak terlepas dari menjadi buah mulut jahat sesetengah manusia.
Khabar dan perkara yang tidak sihat juga disebarkan pihak tertentu yang boleh dikatakan sama tahap sakit otak mereka dengan lelaki yang mengelar Nursyuhada itu.
Atas kesedaran agar jangan ada lebih banyak khabar kurang sihat bertebaran, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care tampil membuat penjelasan mengenai siapa adik Nursyuhada.


“Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik, cemerlang peribadi dan antara individu yang menajadi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas.
“Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan-rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi-misi akan datang.
“Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.
“Selaku AJK Muslim Care, yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian adik Nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buar adik arwah Nursyuhada,” katanya melalui kenyataan di sebuah media sosial.


0 Response to "Hentikan Spekulasi! Arwah syuhada seorang muslimah yang sejati!"

Post a Comment