Petua Rawat Masalah Resdung | Bagi anda yang mempunyai resdung ia pasti sesuatu yang amat menyusahkan kerana terpaksa menderita rasa yang sungguh tidak selesa.
Ini adalah kerana dari simptom-simpton seperti muka ditumbuhi jerawat, mulut yang berbau, gatal mata dan hidung dan terasa di permukaan muka seperti ada pergerakan halus.
Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa petua berguna untuk merawat masalah resdung yang dipetik dari Wanita.
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
Petua yang kedua, ambil beberapa helai daun tembikai yang sudah kering. Kemudian gulung seperti rokok. Bakar di hujungnya dan hisaplah seperti menghisap rokok. Hembuskan asap melalui hidung beberapa kali. Amalkan petua ini sekali seminggu.
Petua yang ketiga lebih ringkas dan mudah, caranya adalah tumbuk tiga sudu jintan. Kemudian, bungkus dalam kain putih dan hidu setiap kali sebelum tidur.
Selamat mencuba!
0 Response to "Petua Rawat Masalah Resdung"
Post a Comment