Jom Ke Gunung Tangkuban Parahu, Gunung Berapi Aktif Di Bandung Indonesia | Salam.. Hari ketiga uzu kat bandung diisi dengan aktiviti-aktiviti yang sangat best ! Hari ini uzu ada 5 tempat dan antaranya ialah ke Gunung Tangkuban Parahu.
Gunung Tangkuban Parahu terletak di Lembang Bandung Barat.. Lebih kurang 30minit dari Bandung. Actually.. Gunung Tangkuban Parahu ni ada kisah dan sejarahnya tersendiri. Yang uzu ingat, ni kisah anak jatuh cinta dengan ibu kandungnya sendiri. Full story korang boleh baca kat google lah. Panjang sangat nak explain.. Hehe.
Orang kat situ kata, gunung berapi ni baru je meletus pada Januari 2015. Baru je lagi.. 3bulan yang lalu.. So takde sesiapa yang dibenarkan turun kebawah untuk masa ni.. Uzu ada jugak tanya , ada tak pelancong cedera waktu melawat gunung berapi aktif ni.. diorang kata.. setakat ni takde lagi.. Sebab mmg ada satu alat petanda tyg mana berfungsi untuk inform kalau gunung berapi tu nak meletus. So... bila amaran dah dapat, on the spot pintu kaunter tutup dan sesiapa pun tak dibenarkan masuk..
Tiket masuk untuk bukan warganegara RM60 atau 200k Rupiah.. Tak termasuk parking. Parking pulak ikut jenis kereta. Kalau kereta yang we ols pakai(avanza), RM7 atau 25k Rp.. Heeee..
So kalau korang nak pegi, korang kena berhati-hati dan jangan lembut hati sangat! Bila turun dari kereta.. akan ada 2 3 orang peniaga yang akan ikut korang dari turun kereta, korang jalan2 dalam tu pun diorang ikut. Selagi korang tak balik, selagi tu diorang akan melekat kat korang. Bercerita sambil berniaga. Cara diorang berniaga memang buat korang kesian ! So.. kat situ.. jangan beli apa2 souvenier...!! Jangan okay ! Sebab harga 3x ganda mahal dari biasa. Haaa so kena cekal hati. Tu je nak bagi tips. Kah ! hihihi.. sekian tuk entry uzu hari ni. Salam semua :)
0 Response to "Jom Ke Gunung Tangkuban Parahu, Gunung Berapi Aktif Di Bandung Indonesia"
Post a Comment