Orlando Bloom Menafikan Berhubngan dengan Selena Gomez


Orlando Bloom Menafikan Berhubngan dengan Selena Gomez




Mereka dilihat kembali bersama setelah penyanyi genit, Selena Gomez putus kasih dengan Justin Bieber walaupun sumber melaporkan, Orlando Bloom menafikan gosip tersebut.
Menurut laporan dari Hollywood Life, mereka berdua dilihat banyak menghabiskan masa bersama, terutama ketika satu acara, We Day Vancouver. yang dihoskan Selena sendiri.

Ujar pelakon watak Legolas dalam trilogi The Hobbit itu, mereka hanya menghadiri acara tersebut bersama-sama kerana menjadi tetamu undangan dan ia tidak lebih dari itu.
Sebelum ini, terdapat khabar angin berkenaan hubungan mereka namun ia sepi apabila Selena kembali menjalinkan hubungan dengan Justin, namun putus sekali lagi beberapa bulan kemudian.

Andaian portal berkenaan, situasi itu berlaku disebabkan tindakan Selena yng mahu membuat Justin, bekas teman lelakinya cemburu. Ya, semua sedia maklum, Orlando dan Justin mempunyai hubungan buruk.

Pertengahan tahun ini, satu video menjadi viral dalam kalangan pengikut Hollywood apabila imej memaparkan Orlando menghanyunkan penumbuk ke arah Justin. Namun tidak dipastikan tumbukan tersebut mengenai Justin atau tidak.

Sumber: Mynewshub

0 Response to "Orlando Bloom Menafikan Berhubngan dengan Selena Gomez"

Post a Comment