5 Fakta Jackie Chan Layak Terima Gelaran ''DATO''




Kami tahu, mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan pendapat kami pada kali ini tentang kelayakan Jackie Chan mendapat gelaran Dato’. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, begitu jugalah kami di Silang Jari.

1) Ramai Peminat.




Kamu rasa kamu ramai peminat sehingga follower kamu ramai di Instagram, Twitter dan Facebook? Tidak ! peminat kamu belum dikatakan ramai lagi kerana kamu belum layak mendapat gelaran Dato. Jackie Chan layak mendapat gelaran Dato’ kerana beliau ramai peminat di luar negara, dengan peminat yang ramailah Jackie Chan mampu memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

2) Penggambaran Dalam Malaysia.


*TIDAK RAMAI PRODUSER MALAYSIA PENGGAMBARAN DI MALAYSIA, JIKA ADA GAMBAR BERLATARKAN KLCC KEMUNGKINAN HANYALAH ‘BACKDROP’ SEMATA-MATA.

Jika Shah Rukh Khan mendapat gelaran Dato’ kerana beliau banyak melakukan penggambaran dalam negara. Begitulah halnya dengan Dato’ Jackie Chan, beliau layak mendapat gelaran Dato’ kerana membuat penggambaran di Malaysia sedangkan artis Malaysia membuat penggambaran di Capadocia, Paris, London dan sebagainya.

3) Selalu Makan di Restoran di Malaysia.



















Apa kena mengena dengan makan di restoran Malaysia? Nanti dulu, bawak bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Sila fikir positif, orang kita (Malaysia) sibuk nak makan di Thailand, Dubai dan sebagainya jadi bagaimana kita mampu menjana ekonomi negara? 

Kerana Jackie Chan sering makan di Malaysia lah ekonomi negara di Malaysia semakin meningkat dan matawang Malaysia semakin bagus. Tanpa Jackie Chan, sudah tentu ramai pengusaha kedai makan di Masjid Jamek gulung tikar kerana tiada orang yang menyokong masakan tempatan.

4) Mempromosikan Syampu Bawang.


Bawang adalah perkataan dalam Bahasa Melayu, dengan menggunakan nama ‘Bawang’ sebagai syampu, mampu memperkenalkan Malaysia dimata dunia. Sedangkan Rakyat Malaysia sendiri tidak sebut perkataan ‘Bawang’, semuanya lidah kebaratan, ‘onion’ , ‘garlic’ , ‘onion spring’ dan sebagainya.
5) Sememangnya Layak.
Kami tidak tahu ingin katakan apa lagi, melainkan ingin menegaskan bahawasanya, Jackie Chan sememangnya layak dengan gelaran tersebut. Jacki Chan sanggup memakai ‘songkok’ sedangkan Rakyat Malaysia sibuk nak boikot Filem ‘Songkok’ (Tanda Putera).


1 Response to "5 Fakta Jackie Chan Layak Terima Gelaran ''DATO''"

  1. Mohon Dato Jackie memberi perhatian terhadap masalah jalanraya berlubang-lubang akibat aktiviti pengorekan tanah di Kampung Belatik Kimanis Papar, Sabah. Perkara ini sudah banyak kali diajukan kepada YB yang berkenaan tapi tiada tindakan. Diharap Dato Jackie mengambil serius perkara ini, perhatian Dato amat dihargai dan saya selaku wakil penduduk mengucapkan ribuan terima kasih.

    ReplyDelete