Sam Bunkface Sudah Sedia Untuk Berkahwin


Sam Bunkface Sudah Sedia Untuk Berkahwin


Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan seorang penerbit rancangan bernama Aida Azila yang hubungan mereka pernah menjadi perhatian peminat sebelum ini, jika perkara tersebut sudah benar-benar pasti.

Bercakap kepada mStar Online baru baru ini, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom berkata beliau memang ada perancangan untuk berumah tangga, namun masih mencari masa yang sesuai untuk ke arah itu.

“Saya hanya merancang tapi Allah yang akan menentukannya. Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki, adalah. Saya tidak mahu cakap apa-apa buat masa sekarang kerana takut kalau tidak jadi nanti orang akan bertanya”

”Seeloknya biarlah kalau ianya benar-benar pasti baru saya akan beritahu kepada semua,“ ujarnya yang turut meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk perhubungan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Bunkface telah melancarkan album terbaru berjudul Malam Ini Kita Punya yang banyak berkisarkan tentang perjuangan Bunkface selama lapan tahun dalam industri muzik tanah air.

Sumber: Rotikaya

0 Response to "Sam Bunkface Sudah Sedia Untuk Berkahwin"

Post a Comment