Felixia Yeap Sah Memeluk Islam


Felixia Yeap Sah Memeluk Islam | Petang tadi, sekitar jam 6 petang, model Felixia Yeap telah sah memeluk Islam disebuah masjid di TTDI. Jom baca berita lebih lengkap berikut...

Felixia Yeap Sah Memeluk Islam


MODEL pakaian muslimah terkenal, Felixia Yeap selamat memeluk Islam tepat jam 6.30 petang, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Felixia menerusi kemaskini status Facebooknya.

Namun, Felixia masih belum mengumumkan nama baru yang dipilihnya.

"Jam 6.30 petang tadi, saya telah selamat mengucap syahadah di sebuah masjid di TTDI.

Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi dugaan tambahan hari ini," katanya.

Felixia turut menyatakan kesyukuran atas kehadIran sahabat-sahabatnya pada hari 'kelahirannya'.


Ini status update di facebook rasmi Felixia Yeap. Alhamdulillah kami ucapkan, semoga dengan masuknya Felixia Yeap ke dalam Islam dapat membawa lebih ramai rakan-rakannya yang bukan beragama Islam untuk mendekati agama ini.


Nota: Admin bersyukur bertambah seorang lagi yang masuk Islam disaat ramai anak Melayu kita yang nak murtad.... apakah mereka tak sedar betapa indahnya Islam itu??

0 Response to "Felixia Yeap Sah Memeluk Islam"

Post a Comment