Sekali Lagi Nora Danish Di Hentam



Sekali Lagi Nora Danish Di Hentam | Selepas mengupload gambar bersama kekasihnya Nadeem yang sedang menolong memasak di dapur, Nora di hentam oleh peminatnya sendiri.Apakah punca nya ? Baca selanjutnya
-
-
Sekali Lagi Nora Danish Di Hentam 

Dalam keghairahan memuat naik foto-fotonya, satu foto bersama kekasihnya, Nadeem, yang berada di dapur ketika memasak bersama mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pengikutnya.

Menerusi foto itu, ramai yang menganggap bahawa mereka seakan tinggal bersama dan tidak menghormati bulan yang mulia ini.

Walaupun ada dalam kalangan pengikut 'haters' ini menghentam tindakan pasangan itu, namun ada juga yang tampil mendoakan hubungan mereka.

Pun begitu, pelakon filem, Pengantin Malam, ini tidak mudah melatah dan hanya membiarkan segala komen-komen pengikutnya itu tanpa mencelah.

Malah, sebelum ini, Nora pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mengambil pusing mengenai perkara yang remeh sebegini.

Akui Nora, sebagai selebriti, dia sudah lali dengan kontroversi dan segala tohmahan orang terhadap dirinya.


Nota : Semoga cepat-cepat lah berkahwin untuk elakkan sangkaan buruk dari orang ramai. tu je. Apa pendapat korang ?

Sumber

0 Response to "Sekali Lagi Nora Danish Di Hentam "

Post a Comment