TERLEWAT MANDI WAJIB,SAHKAH PUASA ?


Assalamualaikum , alhamdulillah sudah ramadhan ke -4 pada tahun 2014 .
Pastinya disambut dengan baik dan mudah oleh anda semua :) Pelbagai soalan dan pertanyaan diajukan kepada ustaz , ustazah berkenaan isu di bulan puasa .Kali ini p.malam nak ketengahkan isu TERLEWAT MANDI WAJIB , SAHKAH PUASA ?


Ada yang menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk.



Sah atau tidak puasa orang seperti ini?
Jawapannya, dalam hadis yang diriwayatkan oleh “Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.

semoga perkongsian yang ringkas ini mampu menjawab persoalan anda pembaca p.malam :)


Sumber : Dr Maza

0 Response to "TERLEWAT MANDI WAJIB,SAHKAH PUASA ?"

Post a Comment