Afdlin Berangkat ke Tanah Suci Bersama Ibu Hari Ini
SELEPAS sekian lama merancang untuk menunaikan ibadah haji, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki akhirnya bertolak ke Tanah Suci bersama ibunya, Fadilah Jailani hari ini.
Memetik Murai.com, hajat itu tercapai selepas Afdlin telah membuat rayuan kepada pihak Tabung Haji agar permohonannya dipercepatkan lantaran keadaan ibunya yang tidak sihat kerana angin ahmar.
“Alhamdulilah rayuan saya diterima memandangkan kuota ke tanah suci adalah terhad dan mengunakan sistem giliran yang diuruskan oleh Tabung Haji,” katanya.
Pada masa yang sama, Afdlin juga memohon maaf kepada semua dan berharap agar memperoleh haji mabrur di sana nanti.
Ditanya mengenai urusan seninya selepas bergelar ‘Haji’ nanti, dia berkata ia akan diteruskan bergantung kepada keadaan dan karya yang ingin dihasilkan.
Kami doakan agar segala ibadah Afdlin dan jemaah haji Malaysia yang lain dipermudahkan dan dijauhkan daripada sebarang masalah di sana nanti. Amin…
Sumber: Mynewshub
0 Response to "Afdlin Berangkat ke Tanah Suci Bersama Ibu Hari Ini"
Post a Comment