Scha al-Yahya: Awal Lebih Pandai Urus dan Jaga Anak
Sedar atau tidak, sudah hampir tiga bulan pasangan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari bergelar ibu bapa dan baru baru ini di majlis majlis pelancaran koleksi musim luruh jenama fesyen Ecco di The Bee, Publika mereka menceritakan pengalaman manis mereka.
“Sekarang ni saya dan juga Awal mengalami perubahan yang ketara. Kalau dulu, keutamaan saya hanya pada Awal. Sekarang ni, apa-apa yang kami nak buat, keutamaan diberikan pada baby”
“Misalnya kalau nak keluar rumah tu biasanya kami ambil masa bersiap sejam dua sebelum keluar. Tapi sekarang 3, 4 jam sebelum keluar kena siapkan baby dulu. Rutin harian pun jadi banyak berubah,” ujar Scha al-Yahya kepada Malaysian Digest.
Pelakon juga pengacara yang kini kembali tampil langsing turut menambah yang suaminya Awal Ashaari lebih pandai dalam bab menjaga dan menguruskan anak mereka.
“Antara saya dan Awal, Awal lagi pandai uruskan baby sebenarnya. Mula-mula dulu, dialah yang selalu mandikan. Baby tak meragam sangat, dia hanya menangis kalau dia nak minum. Kalau di waktu malam, dia akan bangun 2 jam sekali untuk menyusu,” cerita Scha.
Oleh kerana tidak mengambil mana mana pembantu rumah, Awal Ashaari dan Scha al-Yahya perlu bergilir gilir menjaga anak dan melihat jadual masing masing sebelum menerima apa apa tawaran kerja risau jika bertindih dengan tugas menjaga Lara Alana.
“Buat masa sekarang kami bergilir-gilir jaga dia. Sebab itu kalau saya nak terima satu-satu tawaran tu, saya perlu pastikan Awal tak sibuk. Tapi kadang-kadang kalau Awal terlalu sibuk, saya terpaksa tolak demi nak jaga baby,” tambahnya lagi.
Sumber: Rotikaya
0 Response to "Scha al-Yahya: Awal Lebih Pandai Urus dan Jaga Anak"
Post a Comment