Hukum Solat Tanpa Pakai Telekung


Hukum Solat Tanpa Pakai Telekung | Pasti ramai wanita diluar sana ingin tahu kan adakah perlu untuk pakai telekung semasa solat ? Hari ni admin kongsikan berita nya dari utusan malaysia . admin copy jak tak pandai sangat nak mengarang .. Baca selanjutnya

Hukum Solat Tanpa Pakai Telekung

SOALAN: 

SUDAH beberapa kali saya melihat wanita yang menunaikan solat tanpa memakai telekung. Bila ditanya kepada segelintir wanita, mereka mengatakan tidak wajib memakai telekung kerana yang wajib hanya menutup aurat. Ini menimbulkan kekeliruan, apa lagi ramai dalam kalangan muslimah yang memilih memakai telekung. Apakah dibolehkan bersolat tanpa bertelekung?




JAWAPAN

Menutup aurat adalah salah satu syarat sah solat. Aurat dalam solat ialah bahagian tubuh yang wajib ditutup ketika bersolat. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan apa yang ditegaskan Allah SWT di dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).
Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan zi-na-ta-kum sebagai pakaian yang wajib dipakai ketika bersolat. Kajian ahli fikah menggariskan aurat wanita ketika bersolat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua pergelangan tangan. Ketetapan ini bersumberkan beberapa hadis Rasulullah SAW.
Oleh itu. wanita yang menutup auratnya ketika solat, maka sah solatnya. Pakaian apa yang dipakainya untuk memenuhi syarat ini tidak diambil kira. Apabila seorang wanita memakai jubah atau baju kurung atau seluar yang memang menutup aurat dan memakai stoking atau kainnya labuh hingga menutup kaki, solatnya sah.
Penggunaan telekung hanya terkenal dalam kalangan muslimah Nusantara dan tidak digunakan di negara-negara lain. Ia bukan satu kewajipan. Sudah tentu sukar untuk sentiasa membawa telekung, terutama ketika bermusafir atau bekerja.
Oleh itu, memadai bersolat dengan pakaian yang dipakainya dengan syarat pakaian tersebut menutup aurat dan bersih.

Nota : Walaupun admin seorang lelaki bagi pendapat admin. kan lebih baik pakai telekung ni. Nak kata tak pakai telekung salah admin tak maksud kan begitu . bagi admin pakai telekung ni baik kerana pakaian nya agak longgar dan lebih kemas. Apa komen korang ? Cuba kongsikan sedikit

Sumber dipetik : utusan

0 Response to "Hukum Solat Tanpa Pakai Telekung"

Post a Comment