Suami Tergamak Pukul Dan Cucuh Bara Api Bayi Hampir Dipijak


Suami Tergamak Pukul Dan Cucuh Bara Api Bayi Hampir Dipijak | KEJAM! apabila seorang bapa sanggup melakukan pekara sebegini terhadap anak dan isteri. Sedih admin baca artikel ini. Kalau dah tak boleh jaga anak dan isteri itu jangan lah gatal-gatal nak kawin . Baca selanjutnya

Suami Tergamak Pukul Dan Cucuh Bara Api Bayi Hampir Dipijak

Kota Bharu: Kemaruk nak berkahwin lain, seorang lelaki berubah sikap menjadi pembengis dan tergamak memukul serta mencucuh isteri sedang hamil dengan bara rokok, selain hampir memijak anak yang baru dilahirkan.
Lebih memilukan, tanpa menghiraukan isterinya yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak kelima, suami berusia 43 tahun itu berkahwin satu lagi dengan kekasih baru berusia 40-an.
Isteri malang itu yang mahu dikenali sebagai Aini, 42, berkata di sebalik pelbagai penderitaan dialaminya, dia pasrah dan reda kerana percaya suaminya bertindak sedemikian di luar sedar.
“Ada ‘unsur’ lain yang menyebabkan dia bersikap begitu, maksudnya saya percaya dia menjadi mangsa buatan orang. Ini kerana dia sebenarnya seorang yang amat penyayang dan tidak pernah mengasari saya.
“Pada mulanya saya sendiri tertanya-tanya kenapa suami jadi begitu, tapi bila dia berkahwin lain dengan wanita itu ketika saya masih dalam pantang, saya semakin yakin itulah puncanya” katanya.-hmetro
Nota : ya Allah sedih betul apabila melihat seoarang lelaki dayus macam ini melakukan pekara sebegini. Semoga Allah beri lah dia petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar. Apa komen korang ?

Sumber Dipetik : oo.my

0 Response to "Suami Tergamak Pukul Dan Cucuh Bara Api Bayi Hampir Dipijak"

Post a Comment