Video Pelancong Jerman Maut Terjatuh Di Gunung Kinabalu


Video Pelancong Jerman Maut Terjatuh Di Gunung Kinabalu | Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang pelancong wanita yang dipercayai terjatuh akibat melanggar syarat yang telah ditetapkan. Nak tahu apa kesalahan wanita ini sampaikan dia jatuh ? baca selanjutnya

Video Pelancong Jerman Maut Terjatuh Di Gunung Kinabalu

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata mangsa yang sedang menuntut di Universiti Xiamen, China itu dikatakan jatuh dari salah satu puncak di gunung itu yang dikenali sebagai ‘Low Peak’ pada ketinggian dianggarkan 30 meter.
Beliau berkata operasi mengeluarkan mayat dilakukan pihak Taman-Taman Sabah sebaik laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada kira-kira pukul 7 pagi.
“Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Abdul Rahman berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak kedutaan Jerman untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Seksyen Perlindungan dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah Thomas Yussopberkata mangsa dipercayai berada di luar kawasan garisan selamat untuk mengambil gambar matahari terbit.
“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan kaki dan punca kejadian sebenar masih disiasat, ” katanya. Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia.
                                                            Gambar wanita ini hancur
Tonton video di bawah.

Nota : kalau korang tengok videonya menunjukkan wanita ini panjat pagar dan wanita ini dipercayai memijak batu yang tidak seimbang lalu jatuh ke bawah selepas siasatan dibuat katanya. Salah 1 padah akibat melanggar syarat yang ditetapkan.Apa komen korang ?

Sumber dipetik pentakpatah

0 Response to "Video Pelancong Jerman Maut Terjatuh Di Gunung Kinabalu"

Post a Comment