Zizan Razak Akan Menikahi Emma Maembong Tahun Ini ? | Heboh di laman sosial baru-baru ini apabila Zizan Razak memuat naik gambar yang dilukis oleh Emma Maembong. Adakah mereka akan bernikah ? Itu lah persoalan nya. Baca selanjutya
Zizan Razak Akan Menikahi Emma Maembong Tahun Ini ?
Menerusi update terbaru Instagram Zizan Razak, beliau telah memuatnaik sekeping gambar yang merupakan lukisan yang dipercayai dihasilkan oleh Emma Maembong dengan kata kata romantis.
“Percaya, hargai, sayang, cinta, teguh, sabar, jujur dan ikhlas — thanks untuk lukisan ini sayang. Sejuta erti disebalik lukisan ini, harap kekal seperti mana lukisan ini. Love you sayang”
Rasanya para peminat pasangan ini sudah tidak perlu lagi untuk berteka teki akan status hubungan mereka berdua. Menerusi ruangan komen juga ramai peminat sudah mendoakan pasangan ini untuk bertemu jodoh.
Bercakap kepada Berita Harian hujung minggu lalu, Zizan Razak mendedahkan yang beliau ada merancang untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini walaupun tidak menyebut secara spesifik bakal isterinya adalah Emma Maembong.
“Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang & Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini,” ujar Zizan Razak. Jangan tunggu lama lama ya abang Zizan.
Nota : kalau betul lah info ni, Admin harap mereka bahagian hingga ke anak cucu. Hehe. Mana peminat Zizan ? Cuba komen siket ..
Sumber dipetik : Mymedialab
0 Response to "Zizan Razak Akan Menikahi Emma Maembong Tahun Ini ?"
Post a Comment