Anak Mangsa Perang Syria Tidur Antara Pusara Ibu, Ayahnya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua ,,
hari ni admin akan kongsikan sedikit cerita sedih yang berlaku di Syiria .. baca selanjutnya di bawah ..


SYAHDU dan sedih apabila melihat foto apabila melihat foto di atas menunjukkan seorang kanak-kanak yang tidur di tengah-tengah antara pusara kedua ibu bapanya di Syria.
Ya Allah.. betapa kasihannya melihatkan nasib anak-anak di Syria yang kehilangan anggota keluarga khasnya ibu dan ayah ekoran peperangan dalaman di negara itu.
Betapa kejam rejim Presiden Syria Bashar Al-Assad membunuh penduduk Syria yang tidak berdosa.
Bukan sahaja ibu bapa, kanak-kanak yang tidak bernasib baik juga menjadi korban dek kerakusan manusia dalam mengekalkan kuasa mereka.
Foto kanak-kanak ini dimuatnaik melalui akaun Twitter @NotaUsrah dan ia telah diulang tweet sebanyak 162 kali oleh pengguna Twitter yang lain.
Kita di Malaysia bersyukur kerana ibu bapa masih ada ibu bapa dan masih sihat, kematian ibu bapa di Malaysia jika tidak kerana sakit atau pun kemalangan, tidaklah ada disebabkan peperangan.
Penulis berasa cukup syahdu melihat gambar ini.
Mudah-mudahan kanak-kanak ini akan menerima pembelaan dan dapat hidup dengan baik dengan pendidikan yang sempurna disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab dan masih berperikemanusiaan

Kita ni hidup senang semua cukup .. bersyukur lah mereka di sana dihujani peluru makanan tiada semua .. Ya Allah selamatkan lah saudara-mara ku di sana .Amin. :(

0 Response to "Anak Mangsa Perang Syria Tidur Antara Pusara Ibu, Ayahnya"

Post a Comment