TOP 15 negara paling terkaya di Dunia



Assalammualaikum semua ,
sebut je nagara yang kaya pasti korang fikir Amerika , England dan negara-negara eropah lain kan ? sebenar nya tidak .. mejoriti negara-negara paling paling kaya Ialah negara-negara ISLAM .. berikut merupakan beberapa sumber yang admin dapatkan kongsikan



  • Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM265,065)
  • Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM243,980)
  • Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM243,980)
  • Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM156,629)
  • Brunei - KDNK per kapita sekitar RM48,000
  • United Arab Emirates
  • United States
  • Hong Kong
  • Switzerland
  • Netherlands
  • Australia
  • Austria
  • Ireland
  • Canada
  • Kuwait


  • Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia :

    Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
    Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan,yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi

    Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :


    Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.

    Brunei ada minyak seperti Malaysia,mungkin kerana negaranya yang kecil. Pentadbirannya lebih mudah

    Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia

    Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.

    Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.Kalau Malaysia tak jadi yang terkaya pun takpelah, cukuplah jika :-

    Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi

    Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.

    Apa komen korang ? minta pendapat siket .. 


    SUMBER : Nescafe

    0 Response to "TOP 15 negara paling terkaya di Dunia "

    Post a Comment