Awal Dan Scha Bakal Peroleh Cahaya Mata Pertama

Assalammualaikum semua .. Info terbaru yang kami terima bahwa pasangan selebriti yang terkenal iaitu  Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari akan menimang cahaya mata pertama buat mereka berdua .. nak tahu lagi baca selanjutnya 


PASANGAN suami isteri Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari meluahkan kesyukuran kerana bakal menimang cahaya mata pertama mereka.
Melalui laman Facebook, Awal memaklumkan Scha sudah pun memasuki peringkat trimester kedua iaitu bulan ke lima kandungannya.
“Syukur, Alhamdulillah kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa kami menjangkakan kelahiran bayi pertama mereka, InsyaAllah.
“Scha kini sedang memasuki trimester kedua dan kami amat bersyukur dengan pemberian rezeki ini. Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar,  Amin,”  kata Awal.
Gembira melihatkan kedua-dua pasangan suami isteri bakal menyambut cahaya mata sulung mereka.
Pada September tahun lepas, Scha telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dari dalam rahimnya selepas disahkan menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.
Dalam status Facebook berkenaan, Awal turut berkongsi gambar imbasan ultra-sound kandungan Scha untuk peminat dan pengikut pasangan itu di Facebook.

Taniah diucapkan buat pasangan tersebut .. Rezeki dari Allah .. hehehe .. Semoga bahagia kekal ke akhir hayat .. InsyaAllah :)

0 Response to "Awal Dan Scha Bakal Peroleh Cahaya Mata Pertama"

Post a Comment