Reka bentuk Iphone 6 ?

Assalammualaikum semua , hari ni admin akan kongsi kan siket maklumat tentang gadjet ni .. bagi yang meminati mesti akan sukakan punya .. Jom baca selanjutnya 



Selepas Apple dan Samsung masing-masing sudah selesai melancarkan generasi baru telefon pintar mereka tahun ini, tumpuan mereka kini sudah beralih kepada reka bentuk dan spesifikasi bagi model utama mereka bagi tahun hadapan. Apple dijangka akan tampil dengan reka bentuk yang baru bagi iPhone 6 


Reka Bentuk dan Komponen
Apple dijangka akan mengekalkan penggunaan rangka aluminium pada peranti iPhone 6 mereka. Selain itu, iPhone 6 akan mempunyai reka bentuk yang lebih nipis dan panel skrin paparan yang lebih kecil sama seperti yang digunakan pada iPad Mini.

Skrin Paparan
Tahun lalu, Apple telah memberikan iPhone 5 dengan skrin paparan 4-inci namun saiz ini dilihat masih ketinggalan dibelakang gergasi pengeluar lain. Namun, perkara ini tidak pernah mengugat kebolehan Apple yang sentiasa mempunyai daya tarikan terbesar terhadap telefon pintar keluaran mereka. Tahun 2014 dilihat sebagai tahun dimana Apple akan memperkenalkan iPhone dengan skrin paparan sekurang-kurangnya bersaiz 4.5-inci.

Kamera
Apple harus bertindak dengan memberikan kualiti kamera yang lebih baik jika ingin mengekalkan dominasi pasaran telefon pintar dunia. Apple dijangka tampil dengan kamera 12MP iSight bagi iPhone 6. 

iOS 8
Selepas pelancaran iOS 7 bersama-sama Apple iPhone 5s dan iPhone 5c, Apple mengesahkan bahawa iOS 7 telah dimuat turun oleh lebih 200 juta unit peranti Apple didalam masa beberapa hari sahaja. iOS 8 dijangka hanya akan dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan dan beberapa ciri-ciri terbaru.

Sekian dari admin .. lepas ni admin akan cari info pasal S5 pulakk ... nantikan ye .. sama-sama2 kita kongsikan maklumat ..

0 Response to "Reka bentuk Iphone 6 ?"

Post a Comment