THE WOLF OF WALL STREET Filem anak Datin Rosmah Tidak Boleh Keluar Di Malaysia

Sekarang ni heboh pasal Filem anak Datin Seri Rosmah .. emmm admin pon tak tahu nak kata apa .. Baca selanjutnya :



Laman web hiburan The Hollywood Reporter, THR, melaporkan bahawa FILEM terbitan anak Datin Rosmah Mansor, Riza Aziz "The Wolf of Wall Street" diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran banyak bahasa kurang sopan serta mengandungi babak lucah yang melampau.

THR melaporkan, "Sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR bahawa pengedar filem itu sudah sedia maklum, mereka akan berdepan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya".

Filem, yang menjadi pesaing dalam anugerah berprestij Academy Award itu, mencipta rekod penggunaan perkataan lucah four letter word 'F' paling banyak dalam filem R-rated. 

Menurut Variety, perkataan empat huruf yang bermula dengan 'F' itu didiucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit.

Red Granite Pictures membenarkan kandungan tertentu filem itu dipotong untuk melepasi proses tapisan di beberapa negara.

Sebagai contoh, bagi tayangan di India, tiga babak terpaksa dipotong iaitu adegan pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam dan satu lagi adegan melibatkan aksi Leonardo DiCaprio menghembus kokain ke dalam punggung seorang perempuan.

Sebelum ini Daily Mail melaporkan, 45 minit babak di dalam filem tersebut terpaksa dipadam kerana kandungan lucah dan bahasa tidak sopan yang tidak sesuai dengan budaya Timur Tengah. 

Setakat ini, filem itu telah mengutip AS $80 juta di Amerika Syarikat dan AS$40 juta di peringkat antarabangsa.




Apa yang korang rasa ? adakah mengharumkan nama negara atau sebalik nya ? admin sekadar berkongsi sahaja .. takde ajenda politik dan sebagai nya .. Just SHARE ^_^

SUMBER : MALAYSIAKINI

0 Response to "THE WOLF OF WALL STREET Filem anak Datin Rosmah Tidak Boleh Keluar Di Malaysia"

Post a Comment