Lelaki Pelihara Anak Itik Bawah Janggut

Assalammualaikum.. Hari ni admin akan kongsikan cerita menarik .. Baik nya lelaki ini .. sampai sanggup menyimpan anak itik yang di temui nya dalam janggut nya :)  .. Baca selanjutnya 

Ohio – Seorang lelaki menjadikan seekor anak itik sebagai `anak angkat’ dan menggunakan jambangnya untuk memastikan binatang tersebut sentiasa panas.
Brian Doss, 33, telah menyelamatkan `Peeps’ selepas anak itik itu ditemui di tepi rumahnya di Athens.
Doss kemudiannya cuba menyelamatkan anak itik itu namun dia gagal menemui kandang untuk menempatkan binatang berkenaan yang baru menetas itu.
“Saya cuba mencari tempat untuk membolehkan itik ini mendapat haba tapi saya gagal mencarinya, Lalu saya meletakkannya di bawah janggut saya,’’ katanya.
Mnurut Doss, dia menghabiskan masa selama 24 jam untuk tempoh selama dua minggu dengan menjaganya dan memastikan ia sentiasa mendapat haba di bawah janggutnya.
Peeps kini tidur di sebelah Doss dan turut berenang di dalam kolam mandi sendiri.
Doss menceritakan pengalamannya itu di dalam blognya dan kini ia menjadi sensasi internet.
baik ye hati lelaki ni .. heheh .. harap korang dapat lah contohi nye ye ..

0 Response to "Lelaki Pelihara Anak Itik Bawah Janggut"

Post a Comment