Pelik! Dua Adik Beradik Kembar Ini Berlainan Warna Kulit Dan Rambut

Dua orang adik beradik kembar biasanya sukar untuk dibezakan. Jarang sekali mereka mempunyai penampilan yang sangat berbeza.

Namun, dua gadis kembar ini boleh dikatakan jarang berlaku, kerana mereka mempunyai paras dan warna kulit yang jauh berbeza.

Seperti disiarkan dari dailymail.co.uk, Lucy dan Maria Aylmer, (18), berasal dari Gloucester, adalah kembar yang bukan serupa. Ibu mereka, Donna, (47), berdarah Jamaica, sedangkan ayah mereka Vince, (53), berkulit putih.

Lucy mempunyai rambut berwarna merah yang lurus, dengan kulit pucat dan mata biru, sedangkan Maria, berkulit gelap, mata coklat, dan rambut kerinting.

Saat mereka lahir pada bulan Januari 1997, Donnamerasa hairan, ketika pertama kali melihat si kembar.

Kedua ibubapa mereka, yang bekerja sebagai pekerja gudang dan pembinaan, berpisah sejak mereka lahir.

Ketiga kakak mereka, George, (23), Chynna, (22), dan Jordan, (21), semua mempunyai kulit yang lebih gelap daripada Lucy, namun, lebih terang daripada Maria.


0 Response to "Pelik! Dua Adik Beradik Kembar Ini Berlainan Warna Kulit Dan Rambut"

Post a Comment