Ayam Makan Babi. Adakah Boleh Ayam Itu Dimakan?

Ayam Makan Babi. Adakah Boleh Ayam Itu Dimakan? | Manusia adalah sejenis makhluk yang memakan pelbagai jenis makanan. Sama ada bijiran, daging, sayur-sayuran, kekacang dan sebagainya. Sebagai umat islam, setiap makanan yang disuap ke dalam mulut juga perlu diketahui status halal, haramnya. 

Selain itu, khasiat makanan tersebut juga perlu diambil cakna kerana dikhuatiri daripada makanan yang dimakan ini mendatangkan pelbagai penyakit kepada kita. Contohnya, mengurangkan memakan hidangan yang berlemak tinggi, berkolestrol dan mempunyai kandungan gula yang keterlaluan. 

Bagi penggemar makanan yang berbau seperti petai, bawang putih dan jering, tidak haram untuk memakan makanan berbau tetapi makhruh. Sebolehnya jangan sampai membawa sekali baunya sehinga mengganggu orang lain dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:
Ketika perang Khaibar, kami para sahabat Rasulullah s.a.w terpaksa makan sayur bawang putih. Kerana sangat lapar, kami makan agak banyak.. Kemudian kami pergi ke masjid lalu baunya tercium oleh Rasulullah s.a.w. Maka bersabda baginda:Siapa yang makan buah yang berbau busuk itu janganlah dekat-dekat kepada kami di masjid. Berkata orang ramai, Haram! Haram! Ketika hal itu terdengar oleh Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:Wahai manusia! Sesungguhnya aku tidak mengharamkan apa yang dihalalkan Allah; tetapi hanya kerana tumbuh-tumbuhan itu berbau busuk.

Berbalik kepada persoalan di atas, adakah dibolehkan memakan ayam yang memakan babi atau khinzir?



Secara umumnya, haiwan mempunyai sistem penghadamannya yang tersendiri seperti manusia. Apa yang dimakan akan diproses dan membentuk najis bukannya masih berbentuk asal. 

Hukum memakan ayam yang memakan babi adalah makhruh. Kerana daging babi yang dimakan oleh ayam tersebut sudah menjalani proses yang mengubah fizikal daging babi tersebut. Perbandingan lain juga boleh dibuat dengan tanaman, contohnya pokok rambutan disiram dengan air kencing, buahnya tetap boleh dimakan walaupun akarnya disiram dengan najis(air kencing).

Semoga dengan pencerahan ini menyelesaikan kekeliruan di dalam fikiran kita selama ini. 
Silakan share kepada rakan-rakan, mungkin mereka juga ingin mengetahui hukum memakan ayam yang makan daging babi/khinzir ini. :)

Rujukan Hadis: JAKIM
Rujukan Hukum: Ustaz Azhar Idrus

0 Response to "Ayam Makan Babi. Adakah Boleh Ayam Itu Dimakan?"

Post a Comment