Kehebatan Berzikir Dengan Asma Ul-Husna


Kehebatan Berzikir Dengan Asma Ul-Husna | Asma ul-Husna merupakan 99 nama-nama Allah yang dijelaskan dengan terperinci beserta makna serta fadilat apabila kita menzikirkannya. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah s.w.t, maka didalamnya terkandung akan inspirasi kebesaran Allah ini.

Menzikirkan Asma ul-Husna amatlah berguna dan besar manfaatnya disamping kita diberikan ganjaran pahala keatas setiap zikir yang kita ucapkan. Kehidupan kita ( manus ia ) di alam dunia ini penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan, dalam usaha bersaing untuk sama-sama memperolehi rezeki pemberian Allah . Maka itu jika sekiranya manusia (yang beragama islam ) sering menzikirkan Asma ul-Husna, maka Allah akan mempermudahkan segala perjalanan kehidupannya. Ini adalah kerana segala yang berlaku di alam ini termasuk kepada setiap penghuninya adalah dengan kehendak Allah s.w.t. 

Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna mampu mempertingkatkan kekuatan mental,jiwa dan fizikal sesaorang,jika dilakukan dengan penuh keyakinan, khusyuk dan istiqomah yang tinggi.

Informasi teknik, fadilat dan penyampaian yang diperincikan dalam buku ini menyerlahkan akan kekuasaan Allah s.w.t dan seharusnyalah setiap Muslimin dan Muslimat sekurang-kurangnya berusaha untuk menzikirkan Asma ul-Husna mengikut keperluan yang paling minima sekurang-kurangnya setiap hari. Kelalaian anda untuk menyambut segala peluang ini sementelahan kita masih lagi diberikan kehidupan adalah sesuatu yang paling rugi sekali. Ayuhlah saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku jangan lepaskan peluang ini untuk kita sama-sama mendapat keberkatan dalam kehidupan didunia ini.

In Shaa Allah.



0 Response to "Kehebatan Berzikir Dengan Asma Ul-Husna"

Post a Comment