Fenomena Pelik Ombak Membeku Tergulung-gulung di Amerika Syarikat



Seorang jurugambar berasal dari Amerika Syarikat bernama Jonathan Nimerfroh berjaya mengabadikan fenomena aneh di lautan. Yakni sebuah ombak beku tergulung-gulung di kawasan kegemaran para peluncur. Jonathan yang juga peluncur  mengaku terkejut apabila melihat pemandangan luarbiasa itu.

"Aku datang ke pantai dan melihat matahari di sana aneh," kata Jonathan kala itu. Ombak itu mempunyai gerakan aneh tidak seperti ombak biasa dengan gerakan cepat. Jonathan menggambarkan ombak itu bergerak dengan perlahan seperti minuman Slurpee. Jika diamati, ombak itu kelihatan membeku di beberapa bahagian. Bukan tanpa alasan, Jonathan saat memotretnya mengaku merasakan hembusan angin bersuhu tolak 7 darjah Celsius.
"Apa yang saya lihat benar-benar luar biasa. Aku tidak keberatan harus berdiri membeku di tepi pantai demi melihat fenomena unik ini," kata Jonathan bersemangat. Rupanya penduduk Amerika masih harus bersabar menghadapi musim sejuk hingga akhir bulan ini. Beberapa kawasan seperti Chicago, Pittsburg dan Philadelphia masih akan menjadi titik paling sejuk sebelum peralihan ke musim bunga.

0 Response to "Fenomena Pelik Ombak Membeku Tergulung-gulung di Amerika Syarikat"

Post a Comment