Paracetamol[Panadol] Bawa Kesan Sampingan Buruk


Paracetamol[Panadol] Bawa Kesan Sampingan Buruk | Penyelidik perubatan menganggap ubat tahan sakit paling popular, paracetamol tidak begitu berkesan seperti mana yang dianggap banyak pihak, malah turut mempunyai kesan sampingan buruk.

Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan yang serius termasuk asma, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali ‘attention deficit hyperactivity disorder’ (ADHD) dan mungkin mengakibatkan masalah jantung dan buah pinggang.

Bukti yang ditemukan mencetuskan amaran daripada pemerhati kesihatan di Britain dan Amerika Syarikat (AS) terhadap doktor supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit, lapor Mail Online.

Keadaan itu, bagaimanapun mengundang pertikaian dalam kalangan profesional perubatan yang merasakan, tanpa ubat tahan sakit itu di peti simpanan perubatan, mereka tidak mempunyai apa-apa ubat untuk merawat jutaan pesakit.

Bagaimanapun, paracetamol sehingga kini masih dianggap sebagai alternatif kepada mereka yang tidak boleh mengambil ubat antiradang tanpa steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen.

Penyelidik di Universiti Sydney menjalankan kajian ke atas lebih 1,650 responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira enam minggu.

Satu pertiga responden diberikan dos harian paracetamol, satu pertiga lagi diberi ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa selama 17 hari untuk pulih.

Dr. Christopher Williams yang mengetuai kajian itu berkata, keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula cadangan popular iaitu memberikan paracetamol sebagai ubat awal kepada rawatan sakit belakang.

Dalam perkembangan berasingan, jurnal JAMA Pediatrics dalam laporannya pada Februari lalu mengeluarkan amaran bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menggunakan ubat tahan sakit semasa mengandung, berisiko mengalami ADHD dan beberapa masalah lain.

0 Response to "Paracetamol[Panadol] Bawa Kesan Sampingan Buruk"

Post a Comment