Nak Tau? Kesan Selepas Seorang Perokok Tegar Berhenti Merokok!
Nak Tau? Kesan Selepas Seorang Perokok Tegar Berhenti Merokok | Hanya perokok tegar saja yang berdepan masalah untuk berhenti walaupun sedar terdapat pelbagai kaedah untuk berhenti. Hanya golongan perokok tegar saja yang sanggup mengetepikan segala maklumat yang mereka ketahui mengenai bahayakan merokok kerana masing-masing sukar untuk berhenti.
Walaupun pelbagai kenyataan sudah dibuat pihak berkuasa kesihatan mengenai bahayanya, semua buat pekak dan buta saja kerana hanya mereka saja tahu betapa susahnya untuk berhenti dan meninggalkan tabiat menghisap rokok dan kepuasan menghembuskan kepulan asap dari mulut.
Tapi saya ingin berkongsi satu fakta menarik mengenai kesan dan perubahan yang berlaku kepada kamu yang mencuba untuk berhenti. Kami lakukan secara berperingkat dan susunkan perubahan yang berlaku secara terperinci untuk panduan kamu.
Selepas 20 minit kamu berhenti merokok yang terakhir, tekanan darah dan kadar denyutan nadi akan kembali pada paras normal, pengaliran oksigen meningkat dan aliran darah berjalan lancar. Baguskan? Lapan jam selepas berhenti merokok terakhir, kandungan karbon monoksida di dalam sistem tubuh kamu akan tersingkir 100 peratus dan digantikan dengan oksigen untuk darah berjalan seperti normal.
Seharian atau 24 jam selepas berhenti merokok terakhir, risiko kamu untuk diserang sakit jantung mula berkurangan malah kadar denyutan jantung, tekanan darah dan pengoksigenan darah juga kembali normal. Dalam tempoh dua hari atau 48 jam selepas berhenti merokok terakhir, saraf yang lemah akan kembali normal, deria hidu dan rasa juga akan kembali pulih seperti biasa.
Satu hingga sembilan bulan selepas berhenti merokok terakhir, kamu mula perasan anda sudah tidak lagi batuk. Masalah hidung tersumbat dan keletihan sudah tidak ada. Paru-paru menjadi aktif dan tidak lagi mengalami sakit dada.
Ini mungkin sukar tapi tak salah kita kongsikan sekiranya kamu berjaya berhenti merokok sepanjang tempoh setahun, risiko diserang sakit jantung berkurangan berbanding rakan kamu yang hanya merokok suka-suka. Lima hingga 15 tahun selepas berhenti merokok terakhir, kamu tidak perlu risau diserang strok.
Sepuluh tahun berhenti selepas merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan. Malah kanser lain seperti mulut, kerongkong, pundi, buah pinggang dan pankreas ternyata menurun.
Bergelar perokok tegar tapi sudah berhenti mungkin masih berisiko untuk mendapat kanser tetapi sekurang-kurangnya, tindakan kamu berhenti merokok sekarang mampu membantu menurunkan sedikit risiko pendek umur ini. Menakutkan bukan? Tapi itulah fakta dan realitinya.
Justeru apa kata gantikan rokok kamu dengan gula-gula kunyah lebih berbaloi selain boleh menjadikan muka awet muda.
Sumber
0 Response to "Nak Tau? Kesan Selepas Seorang Perokok Tegar Berhenti Merokok!"
Post a Comment