Pelakon terkenal dedah menghidap penyakit otak | Pelakon terkenal Nazim Othman yang selama ini merahsiakan penyakit yang dihidapinya mengesahkan dia mempunyai ketumbuhan di otak. Pengakuan pertama kali itu dibuat dalam program HLive! Apa Kata Malaysia yang disiarkan di Astro Ria malam tadi.
Pendedahan Nazim, 31, atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menamatkan segala spekulasi tentang penyakit pelakon itu termasuk dia pernah didakwa menghidap penyakit kanser otak. Menurut Nazim, dia tidak mempunyai pilihan selain menjalani pembedahan pada 6 Mac lalu untuk membuang ketumbuhan yang berukuran 2.5 sentimeter (cm) di kepalanya.
“Ketumbuhan itu bukan kanser. Saya terpaksa melakukan pembedahan kerana jika tidak ia akan mendatangkan risiko yang lebih besar. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kini saya dalam proses pemulihan,” kata Nazim. -Kosmo
0 Response to "Pelakon terkenal dedah menghidap penyakit otak"
Post a Comment