5 Gambar Penampakkan Hantu yang Viral



1. Hantu Budak Cina di Tol Plaza

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.


2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.



3. Batu Nisan menjenguk di tingkap

Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.



4. 3 Lembaga di Kawasan Kemalangan

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.


5. Jelmaan Lembaga di Balai Polis Tinggal

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai pois tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh penyiasat paranormal tempatan. Tiada maklumat lanjut berkenaaan gambar ini.



0 Response to "5 Gambar Penampakkan Hantu yang Viral"

Post a Comment