Kisah CInta Ustaz Kazim!
“Saya telah menerima cadangan arwah emak untuk melamar seorang gadis. Walaupun tidak mengenalinya, tapi saya percaya pilihan orang tua adalah yang terbaik,” demikian antara bingkisan Ustaz Kazim Elias dalam buku terbaharunya Bicara Daie yang dijual bersempena Karnival Karangkraf, bermula hari ini hingga Ahad.
Buku yang julung-julung kali diterbitkan bersempena dengan Karnival Karangkraf kali ketujuh ini memuatkan beberapa segmen antaranya kisah teladan, kisah mengenai suami isteri, soal jawab UKE, nostalgia cinta UKE dan lain-lain.
Menurut Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin, buku berjudul Bicara Daie ini merupakan bingkisan istimewa yang lahir dari hati nuraini Ustaz Kazim dan hanya dijual bersempena karnival ini sahaja.
“Bicara Daie merupakan buku istimewa bersempena dengan karnival kali ini, pengisiannya padat.
“Buku ini akan dilancarkan esok, yang akan dilancarkan oleh UKE sendiri,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui kisah cinta Ustaz Kazim, anda bolehlah mendapatkan naskhah istimewa dengan harga serendah RM7.00 di tapak Karnival Karangkraf, di Seksyen 15, di sini.
Bukan hanya nukilan Ustaz Kazim ini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan produk keluaran Karangkraf seperti majalah, novel, buku, al-Quran dan akhbar Sinar Harian dengan diskaun sehingga 80 peratus.
Jangan lupa untuk datang ke Karnival Karangkraf kerana dengan tagline “Kami Ada Semuanya” bakal memberi seribu makna kepada anda.
0 Response to "Kisah CInta Ustaz Kazim!"
Post a Comment