Twitter meramal penyakit Jantung?




Ramai yang tahu bahawa ''twitter'' merupakan platform kepada anak muda kita sekarang untuk meluahkan perasaan dan segala rasa yang terpendam dalam hati untuk menghilangkan stress. Namun, satu kajian telah dilakukan di University of Pennsylvania yang menunjukkan bahawa ''twitter'' dapat meramal kadar penyakit jantung koronari iaitu sejenis penyakit kebiasaan kepada kematian dan merupakan antara penyakit yang meluas di segenap ceruk dunia. Bagaimana?


Para penyelidik membandingkan data daripada pusat pengumpulan data untuk Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) ''Centers for Disease Control and Prevention'' daripada negara-negara dengan tweet spontan orang ramai dan telah mendapati bahawa ''tweet'' yang berbaur emosi seperti amarah(kemarahan), stress, keletihan dalam sesebuah negara adalah berisiko tinggi untuk diserang penyakit jantung.





Namun begitu, jangan cepat bersedih dan bermuram durja, kerana bahasa dan gaya penulisan yang ''positif'' seperti perkataan yang menggembirakan atau rakan'' telah menunjukkan kesan sebaliknya,bermakna positiviti mungkin dapat mencegah daripada penyakit jantung, nyata dalam kajian itu.

''Negara yang beremosi (rakyat yang sensitif) telah lama dikesan mempunyai kaitan yang tinggi dengan penyakit jantung, terang Margaret Kern, pemegang PhD.




Tamsilnya, permusuhan dan kemurungan telah dikaitkan dengan penyakit jantung pada setiap individu mengikut kadar kesan biologikal. Namun begitu, emosi yang negatif juga menjadi 'picu' kepada tindakan dan gerak balas yang negatif seperti mudahnya untuk minum minuman keras, pemakanan yang kurang sihat,dan pemulauan(dipinggirkan) daripada rakan-rakan juga secara langsungnya mampu menyebabkan penyakit jantung.

Persoalannya, kami tidak mengatakan bahawa punya keseluruhannya (tweet-tweet negatif anda semestinya pasti akan menyebabkan anda menghidap penyakit jantung) akan tetapi, cuba fikirkan, data-data kajian pengkaji telah membentangkan sebuah konklusi kepada kita. ''Dengan berbillion pengguna twitter yang sentiasa menulis pengalaman harian,luahan perasaan sedih, marah, benci, kini dunia laman sosial telah menjadi satu tempat yang mudah untuk melakukan  kajian ke atas psikologi manusia''. Sesuatu yang boleh diterima benak akal bukan?



Akhir kata, segala yang terjadi memang disandarkan kepada iradat Allah, kehendak Allah, tetapi ingat, Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka tidak cuba untuk berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri.

p/s: Kalau nampak tweet-tweet maki hamun kawan-kawan hangpa, kini hampa boleh pangkah dia dengan fakta sains, bukan auta. Hee.

Pengkaji llmu twitter,
Pencuriblog.




0 Response to "Twitter meramal penyakit Jantung?"

Post a Comment