Jejak Kasih Bekas Askar British mencari kekasih di Malaysia



KISAH seorang bekas tentera British yang ingin menjejak kekasih Melayu ditinggalkan di Malaysia 47 tahun lalu telah menjadi viral, minggu lalu.


warrren hallbrook

KISAH seorang bekas tentera British yang ingin menjejak kekasih Melayu ditinggalkan di Malaysia 47 tahun lalu telah menjadi viral, minggu lalu.


Rata-rata menzahirkan perasaan kagum akan kesetiaan dan kesanggupan Warren Holbrook, 69, yang ingin bertemu kembali wanita tersebut yang bernama Wan Jamilah atau gelarannya ‘Fiona’.



Ternyata usaha dan kerja keras Holbrook membuahkan hasil apabila dia akhirnya berkesempatan untuk bersembang bersama Jamilah menerusi telefon kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Menurut laporan The Star, Wan Jamilah sudah berkahwin dan kini menetap di Australia bersama dua anak dan seorang cucu.


Keratan akhbar perkahwinan Wan Jamilah.
“Jamilah kini menetap di Melbourne dan terkejut apabila mengetahui saya sedang mencarinya. Dia gembira dan kami bercakap selama kira-kira 10 minit,” kata Holbrook.
Holbrook memberitahu pada awalnya dia turut menerima panggilan daripada bekas abang ipar Jamilah kira-kira pukul 9.30 pagi yang juga kenalannya suatu ketika dahulu.
Menceritakan tentang Jamilah, Holbrook berkata Jamilah telah berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada tahun 1971 dan kini menetap di sana.
“Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami akan berhubung,” katanya.
Difahamkan, Jamilah pulang setahun sekali ke Malaysia bagi menziarahi saudara-maranya di Pulau Pinang.
Sementara itu, Holbrook mengucapkan terima kasih atas bantuan dan keprihatinan semua pihak yang mengirimkan kata-kata sokongan dan membantunya menemui Jamilah.
Hingga kini, dia yang sudah lama pencen tidak pernah berkahwin dan masih membujang.
cc : MYNEWSHUB.CC, siakapkeli


0 Response to "Jejak Kasih Bekas Askar British mencari kekasih di Malaysia"

Post a Comment