Zuan Azmi Sensitif?





KAMI pasti anda masih ingat dengan status Twitter yang dimuatnaik oleh hos belakang pentas Mentor Legend, Zuan Azmi berkenaan perbuatan Mas Idayu mencekik dan menolaknya sewaktu konsert tersebut berlangsung, Ahad lalu.
Zuan turut mendakwa insiden itu bukan kali pertama berlaku, sebaliknya pernah terjadi ketika sesi raptai dijalankan.


Bagaimanapun, Mas Idayu menerusi laporan Sinar Harian menjelaskan, tindakannya itu hanyalah gurauan semata-mata.
“Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar. Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar.

“Dulu ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun,” katanya.
Menurutnya lagi, status Zuan itu hanya diketahuinya pada Isnin selepas salah seorang peminat mengirimkan WhatsApps kepadanya.

Mas Idayu turut mempersoalkan tahap profesionalisme hos itu kerana tidak memberitahu apa-apa sewaktu menjalani raptai sebelumnya.

Tidak mahu memanjangkan isu tersebut, penyanyi itu telah menghubungi Penerbit Eksekutif Mentor Legend, Muhd Sufian Isa untuk memohon maaf kepada Zuan.
Hmm..tak mengapalah Zuan. Sebelum ini, dah selalu sangat kenakan artis dengan soalan panas kan?
Sesekali apa salahnya kalau Zuan pula yang dilanda rasakan ‘kepanasan’ itu, tak gitu?

Sumber: Mynewshub

0 Response to "Zuan Azmi Sensitif?"

Post a Comment