Bakteria Yang Teramat ''Mengerikan'' Di Sekitar Kita

Bakteria Yang Teramat Mengerikan Di Sekitar Kita|


Pencemaran bakteria listeriosis pada epal jenis Granny Smith dan Gala baru-baru ini menggemparkan negara apabila bakteria itu menyebabkan kematian mengejut di negara asing. Justeru, Kementerian Kesihatan mengarahkan pengimport epal berkenaan menarik balik buah berkenaan serta-merta dari pasaran, manakala bekalan yang ada di premis pengimport disita.

Listeriosis ialah keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria listeria monocytogenes setelah makan makanan yang tercemar dengan mikroorganisma itu.Bakteria ini biasanya wujud dalam tanah dan air dan boleh mencemarkan pelbagai jenis makanan yang berlainan, bermula dari peringkat tanaman atau ternakan sehingga pemprosesan makanan untuk dijual kepada pengguna di pasaran.

Kajian global melaporkan, kes keracunanan makanan disebabkan bakteria bawaan makanan ini ialah 28 peratus selepas bakteria salmonella yang menyumbang sebanyak 31 peratus.Antara makanan yang sering tercemar dengan bakteria ini ialah keju, susu mentah, aiskrim, sayuran mentah, ayam dan daging. Seperti bakteria bawaan makanan lain, listeriosis adalah penyakit yang membawa maut, namun jika dikesan pada peringkat awal ia boleh dirawat dan disembuhkan.

Bakteria ini boleh wujud dalam makanan mentah yang tercemar seperti daging yang tidak dimasak atau rosak akibat disimpan terlalu lama kerana ia boleh hidup lama pada suhu rendah. Antara simptom jangkitan listeria ialah demam kuat, sakit kepala, kejang leher, sakit sendi dan loya.Wanita mengandung, warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah tergolong dalam kumpulan yang berisiko menghidap penyakit ini.

Bagaimanapun, simptom jangkitan listeria hanya dapat dilihat secara jelas selepas memakan makanan yang dicemari bakteria itu dalam tempoh lama kerana serangan itu tidak berlaku sekelip mata.
Keadaan itu menyebabkan penyakit ini sukar dikesan pada peringkat awal apabila bakteria itu membiak secara perlahan-lahan dan banyak di dalam tubuh badan sehingga mengakibatkan kematian.

SUMBER: My health dan Foodborneillness.com

0 Response to "Bakteria Yang Teramat ''Mengerikan'' Di Sekitar Kita"

Post a Comment