Ramai yang tidak tahu, Korea Selatan Mempunyai Keistimewaan Tersindiri Walaupun dianggap Negara Diktator


Bila disebut Korea Utara, apa yang sering terbayang di fikiran ialah sebuah negara asing dengan pemerintahan diktator yang melarang kemasukan unsur luar.

Namun negara itu mendapat tempat istimewa di hati Simon Cockerell yang sudah melawatnya 140 kali sejak 13 tahun lalu, dan melalui Instagram dia berkongsi keceriaan penduduk Korea Utara yang jarang sekali dapat dilihat dunia luar.

Cockerell yang juga pemandu pelancong di negara itu mengakui, tidak mudah untuk warga asing datang ke Korea Utara kerana mereka mesti sentiasa diiringi penduduk tempatan, selain ada lokasi yang dilarang sama sekali untuk orang luar.

Dan, katanya, walaupun penduduk Korea Utara tidak mudah mesra pada awalnya, selepas sedikit masa mereka akan gemar berbual ter­utama mengenai isu politik dunia.
Kata Cockerell, di negara yang sentiasa digambarkan buruk oleh media Barat itu, tidak semua orang mempunyai akses Internet.

"Dianggarkan hanya ada kira-kira 1,000 unit komputer di Korea Utara mempunyai akses kepada Internet," katanya.

Walaupun begitu, kata Cockerell, tablet buatan tempatan semakin popular di Pyongyang.
"Harganya murah dan perisiannya cuma koleksi hasil kerja bekas pemimpin, Kim Il-sung serta permainan Angry Birds yang amat popular di sini," katanya.

Televisyen juga lazimnya menayangkan laporan berita kerajaan dan satu filem luar sama ada dari China atau Russia pada setiap hujung minggu.

"Filem tidak boleh langsung menyentuh isu politik. Sedikit keganasan boleh diterima tetapi seks tidak dibenarkan. Antara filem Barat yang pernah ditayangkan adalah Bend It Like Beckham menjadikannya kisah kegemaran kebanyakan penduduk di sini," katanya.

Mengenai kebebasan beragama, Cockerell mengakui secara rasmi Pyongyang berpegang kepada ajaran komunisme.

Justeru pada umumnya Korea Utara adalah penganut ateis.
Namun, katanya, gereja dan masjid masih dapat dilihat di negara itu.
"Rakyat masih dibenarkan menganuti agama pilihan, cuma mereka perlu mendahulukan pemimpin daripada Tuhan," katanya.

Menceritakan pengalamannya di negara itu, Cockerell berkata, dia pernah menyaksikan perlawanan bola keranjang yang turut dihadiri Kim Jong-un.

Di situ, katanya, dia sangat terkejut melihat reaksi semua orang apabila pemimpin mereka tiba.
"Mereka bersorak dan menjerit: Manse! (panjang umur) untuk sekurang-kurangnya 15 minit sambil pemimpin itu melambai kepada hadirin.

"Sejujurnya ia agak menggerunkan saya. Mereka begitu fanatik sama seperti peminat kumpulan muzik melihat idola mereka," katanya.

Walaupun Korea Utara lebih terkenal dengan ketenteraannya, kem tahanan dan kemiskinan di luar bandar, Pyongyang masih mempunyai tempat hiburan termasuk kilang bir dan bar yang popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Cuma, kata Cockerell, bar itu berbeza daripada biasa kerana tiada kerusi disediakan, kecuali meja kecil untuk meletakkan minuman.

"Antara perubahan paling ketara sejak lawatan pertama saya pada 2002 ialah kemunculan golongan kelas pertengahan yang mampu berbelanja untuk kemewahan peribadi.

"Golongan ini semakin menyerlah sedangkan satu ketika dulu mereka yang berwang tidak akan menunjukkan status mereka. Kini kita dapat melihat kanak-kanak berpakaian seperti orang China dan wanita memakai kasut tinggi.

"Walaupun persekitaran Korea Utara kekal seperti beberapa dekad lalu, ia semakin diresapi kemodenan," katanya.


0 Response to "Ramai yang tidak tahu, Korea Selatan Mempunyai Keistimewaan Tersindiri Walaupun dianggap Negara Diktator"

Post a Comment