''Ringgit Jatuh Teruk Lagi?''

Ringgit Jatuh Teruk Lagi?|

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dan mata wang utama lain hari ini berikutan sentimen belian yang rendah terhadap unit tempatan, kata peniaga.
Empat minit selepas dagangan, ringgit pada RM3.5870/5890 berbanding dolar daripada penutupan semalam 3.5610/5640.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit juga diniagakan rendah, kecuali euro yang naik kepada 4.0655/0685 daripada 4.0791/0836 semalam.
Ringgit susut kepada 2.6596/6613 daripada 2.6456/6486 berbanding dolar Singapura, manakala berbanding yen, ia susut kepada 3.0619/0646 daripada penutupan semalam 3.0335/0363.
Ringgit juga jatuh kepada 5.4436/4485 daripada 5.3978/3044 berbanding pound British. 
Sumber: Bernama

0 Response to "''Ringgit Jatuh Teruk Lagi?''"

Post a Comment