Maharaja Lawak Mega 2014 FINAL !


MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 FINAL !


KLIK UNTUK PLAY !


Server 1 [ NO VIDEO ADS ]

Tinggal beberapa jam sahaja lagi pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal digegarkan dengan persembahan daripada lima finalis iaitu Zero, Sepahtu, Shiro, Nabil dan Bocey.

Pada malam ini (Jumaat), kelima-lima finalis dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan
Muzikal dan Bebas. Seperti anda semua, Astro Gempak juga mempunyai pilihan dan ramalan tersendiri tentang siapakah yang bakal bergelar juara pada malam ini.

Astro Gempak meramalkan tiga anak jati Sabah iaitu Kumpulan Zero bakal bergelar Juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000. Naib Juara mungkin menjadi milik Bocey, diikuti satu-satunya superhero lawak tunggal Nabil Ahmad di tempat ketiga, Shiro di tempat keempat dan Sepahtu di tangga kelima.

Bagaimanapun, kepada para peminat superhero lawak masing-masing, teruskan mengundi kerana anda masih mempunyai beberapa jam lagi untuk memastikan peserta kegemaran anda muncul juara. 

Saksikan pentas akhir MLM 2014 di Astro Warna, Astro Mustika HD dan Astro Ria yang dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil bermula jam 10 malam ini. Sementara itu, orang ramai juga dijemput datang ke mini karnival MLM 2014 akhir bermula jam 3 petang ini kerana banyak aktiviti menarik menanti anda!









0 Response to "Maharaja Lawak Mega 2014 FINAL !"

Post a Comment