Zizan Razak Akhirnya Berbaik Dengan Fazura

Zizan Razak Akhirnya Berbaik Dengan Fazura | Umum mengetahui bahawa baru-baru ini Fazura telah memberikan komen yang pedas kepada kumpulan Virus. Semenjak itu, pelbagai gosip dan andaian perang dingin antara Zizan Razak dan Fazura mula tersebar.

Zizan Razak Akhirnya Berbaik Dengan Fazura



Merujuk kepada komen di atas, ramai menyifatkan itu adalah ayat makan dalam yang dikeluarkan oleh Fazura dan ditujukan kepada Zizan Razak. Fazura juga dilihat melemparkan satu perlian sinis kepada Zizan dengan menyifatkan pelawak itu sebagai Sore Loser.

Fazura Menggelar Zizan Razak Sebagai Sore Loser

Selepas itu, Zizan Razak pula dilihat mengeluarkan amaran di wall fan page dan instagramnya menyifatkan Fazura sebagai tiada bakat dan menegur Fazura agar tidak menyekat bakat orang lain.

Namun, setelah gosip mereka hangat diperkatakan, malam tadi Zizan Razak dan Nur Fazura yang merupakan juri Maharaja Lawak Mega 2014, dilihat telah keluar bersama-sama dan berjalan-jalan. Pertemuan mereka itu secara berdepan telah mematikan gosip panas yang sedang hangat diperkatakan.

Apapun, tahniah dan syabas kami ucapkan kerana Zizan Razak dan Nur Fazura telah kembali berbaik semula.




Artikel sebelumnya....

Ayat Deep Fazura Terhadap Zizan Razak

Fazura Menggelar Zizan Razak Sebagai Sore Loser

Amaran Zizan Razak Terhadap Fazura



0 Response to "Zizan Razak Akhirnya Berbaik Dengan Fazura"

Post a Comment