20 Gejala Penyakit Berbahaya | Setiap gejala dalam tubuh menandakan sesuatu yang berbeza tahap keseriusannya. Banyak keluhan yang sifatnya ringan tetapi menandakan penyakit berbahaya. Banyak juga aduan yang kelihatan serius padahal tidak perlu dirisaukan.
Bilakah anda harus memeriksakan diri ke doktor dan kapan tidak? Sebagai penanda aras, bila anda merasakan salah satu gejala berikut, segeralah berunding dengan doktor:
1)Kehilangan penglihatan atau kesulitan berbicara dalam jangka pendek, mati rasa di wajah atau tubuh, lemah atau lumpuh di lengan atau kaki.
2)Sakit kepala yang berlaku tiba-tiba dan sangat kuat, terutama selepas mengalami kecederaan kepala atau
bila disertai demam dan leher kaku / kesakitan.
3)Berat badan banyak turun dalam masa pendek: lima peratus daripada berat badan dalam masa satu bulan atau sepuluh peratus dalam masa enam hingga dua belas bulan.
4)Setiap perubahan di payudara: ketulan, gatal, sakit, perubahan kulit, keluar cecair dari puting.
5)Pendarahan faraj di luar haid atau selepas putus haid.
6)Gangguan perut: cirit-birit lebih dari seminggu atau sembelit lebih dari dua minggu, buang air besar yang tidak biasa, najis berdarah atau hitam.
7)Merasa kenyang yang tidak biasa selepas makan kecil.
8)Batuk yang berlangsung lebih daripada empat minggu atau batuk berdarah.
9)Merasa sedih terus-menerus selama beberapa minggu atau bulan.
10)Demam lebih daripada 38 ° C, yang berlangsung lebih dari seminggu atau demam tiba-tiba tinggi di atas 39 ° C.
11)Nafas sesak atau tercungap-cungap, terutama jika berlaku pada masa rehat.
12)Kebingungan, kekeliruan, perilaku agresif tiba-tiba, lekas marah yang melampau atau halusinasi.
13)Sendi panas, merah, sakit atau bengkak
14)Mengantuk terus-menerus, kesulitan bangun, atau kurang berjaga.
15)Rasa sakit atau terbakar saat buang air kecil atau buang air kecil terlalu kerap dan dalam jumlah kecil.
16)Mual atau muntah yang berterusan.
17)Sensitiviti yang parah terhadap cahaya
18)Limbung yang membuat sukar berdiri atau berjalan (ataxia atau vertigo).
19)Penglihatan ganda, kabur, atau bintik buta.
20)Ruam kulit yang tidak biasa atau lebam spontan.
0 Response to "20 Gejala Penyakit Berbahaya"
Post a Comment