Kisah Seram Di Perhentian Behrang | Khamis. 16 Ogos 2012 bersamaan dengan 28 Ramadhan. Sebagaimana yang kita tahu, di bulan Ramadhan yang mulia ini semua syaitan dan iblis telah dirantai. Namun begitu sifat jembalang di dalam diri masih kekal di dalam hati manusia. Kejahatan tetap akan berlaku kalau manusia tidak dapat mengawal nafsu. Kisah seram ini masih lagi terngiang-ngiang di dalam minda aku.
Tahun ini merupakan kali pertama aku beraya sebagai seorang suami. Atas dasar kompromi, tahun ini kena beraya di kampung isteri. Kami bertolak dari rumah seawal pukul 5.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Lepastu berhentilah kejap kat Petronas Sungai Besi untuk semayang subuh dan tapau mekdi in case kalau nak menggunakan advantage perjalanan melebihi 2 marhalah.
Perjalanan diteruskan sambil mendengar lagu raya di radio. Bak lagu Sudirman, perjalanan jauh tak kurasa, kerna hati melonjak sama. Namun begitu perut aku tidak turut sama gembira. Tiba-tiba terasa sakit yang amat. Terasa bagaikan tahi sudah sampai di hujung lubang punggung. Aku menekan pedal minyak sehingga mencecah lantai. Entah berapa offside trap yang aku kena pun aku tak pasti. Kemudian aku nampak papan tanda ‘Kawasan Rehat Behrang’, lagi 1 kilometer.
Aku hesitate juga nak berhenti di kawasan rehat Behrang ni kerana dia bukan kawasan rehat yang popular, maka orang tak ramai berhenti. Banyak cerita-cerita seram yang aku ada dengar di kawasan ni tapi tak tahulah betul ke tak kan. Setakat cerita momok penanggal hisap tong sampai mencari darah haid wanita, itu tak seram sangat sebab mana ada momok di bulan puasa ni. Tapi cerita pasal mat rempit merompak dan meragut haa itu yang cemas tu. Namun begitu apa pilihan yang aku ada? Kalau terberak dalam seluar nanti malulah nak berhadapan dengan mertua.
Aku terus parking dan keluar dari kereta sambil mengemut punggung sedaya upaya. Da’killa tinggal di dalam kereta. Aku terus masuk ke dalam tandas yang paling dekat, walaupun gelap dan tiada lampu. FRAG FRAG FRAG FRAGGGGG syukur Alhamdulillah sempat juga tahi dilepaskan di tempat yang sepatutnya. Kenapa entah sakit perut dia lain macam. Aku teruskan saja proses penyahtinjaan sambil berbunyi ahh ahh yeahh tanda kelegaan.
Tiba-tiba aku ternampak bayangan manusia melalui pintu tandas. Bayang itu semakin dekat dah aku boleh nampak dengan jelas tapak kaki makhluk tersebut. Ahh sudah. Kan banyak lagi tandas kosong yang lain kenapa nak berdiri di hadapan pintu aku? Hati aku mula berdebar-debar. Peluh dingin mula membasahi dahi. Nafsu berak aku sudah terbantut akibat ketakutan. Dalam hati aku beristighfar meminta untuk dijauhkan daripada sebarang bencana.
Tapak kaki tadi telah hilang. Aku mendiamkan diri selama 5 minit dan aku pasti makhluk tadi telah pergi berdasarkan bunyi tapak kaki yang semakin jauh. Perlahan-lahan aku membuka pintu mengintai, tiada orang. Dengan penuh berhati-hati, aku pun keluar daripada tandas tersebut. Selangkah demi selangkah aku bergerak untuk ke luar tandas, perut aku semakin kecut, degupan jantung semakin laju bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku…..
TIBA-TIBA!!!!!!!!
“HOI TANDAS LELAKI KAT SEBELAH LAH!” Marah makcik cleaner tersebut. “Ohh yeke? Maaf”, jawab aku sambil tersipu-sipu malu dan terus masuk dalam kereta, start enjin dan memandu laju tanpa memandang cermin belakang. Tuhan saja yang tahu perasaan aib aku ketika itu. Tak boleh juga salahkan aku 100% kerana aku dah nak terberak tak perasan pun tanda ‘Perempuan’ dia sebab letak kat tempat yang orang nak susah nampak. Da’Killa pula memang tak membantu sebab asyik menggelakkan aku di sepanjang perjalanan. Aku tak akan berhenti di kawasan Behrang. Amacam seram tak kisah ni?? ekeke
0 Response to "Kisah Seram Di Perhentian Behrang"
Post a Comment