Haram Letak Patung Di Bawah Bumper | Patung di bawah bumper kereta? Mesti ada yang dah pernah nampak trend menggantung patung kecil yang comel di bawah bumper. Adakah anda semua tahu apakah sebab kebanyakkan orang suka melakukan amalan tersebut?
Dan apa pula hukumnya?
Sebenarnya menggantungkan anak patung seperti teddy bear, spongebob dan tweety di bawah kereta adalah budaya dan kepercayaan orang Thailand.
Mereka mempercayai bahawa roh orang yang mati kemalangan akan berkeliaran di tempat mereka mati, terutama roh kanak-kanak. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta agar roh kanak-kanak tersebut tidak mengganggu mereka.
Hukumnya adalah haram kerana ianya mempercayai sesuatu yang syirik dan karut.
Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).
Natijahnya, berhati-hatilah dengan amalan-amalan pelik seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.
0 Response to "Haram Letak Patung Di Bawah Bumper"
Post a Comment