Cara Mencegah Sakit Gigi


Cara Mencegah Sakit Gigi | Gigi sihat, bersih, kuat dan sihat sudah pasti hal yang diinginkan banyak orang. Gigi yang sihat, bersih dan kuat tentunya dapat membuat anda lebih percaya diri ketika tersenyum dan bercakap dengan orang lain. Untuk mendapatkan gigi yang 'sempurna' ini sebenarnya tidak sukar. jom merawat gigi dengan melakukan langkah berikut ini seperti dikutip zamrispoon, kalau tak mahu  sakit gigi:1. Menggosok gigi 

Kegiatan ini wajib dilakukan. Berus dan bersihkan gigi anda 2 hingga 3 kali sehari. Memberus gigi setiap hari selain berfungsi untuk menyegarkan nafas anda, juga dapat menjaga kesihatan gigi. Menggunakan flos gigi juga boleh anda lakukan untuk mebersihkan kotoran yang tidak terjangkau dengan berus gigi. Jika anda malas menggosok gigi, boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan bermula dari terbentuknya karang gigi, gingivitis, plak atau bahkan tanggalnya gigi itu sendiri.

1. Jangan Merokok

Merokok boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius termasuk penyakit jantung dan kanser paru-paru. Tidak hanya itu saja, tahukah anda bahawa merokok juga boleh menyebabkan kerosakan pada gigi anda? Jika anda merokok, cubalah berhenti dari sekarang. Merokok boleh menyebabkan warna gigi menjadi kuning. Lama-kelamaan gigi juga akan mudah berlubang.3. Kunjungi Doktor Gigi 

Kadang-kadang memberus gigi saja itu tidak cukup. Seiring berjalannya waktu, karang gigi akan terbentuk di gigi anda dan itu perlu dibersihkan. Periksalah gigi anda ke doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk membersihkan serta merawat gigi anda.

2. Kalsium yang Cukup

Kalsium tidak hanya baik untuk tulang, tetapi juga baik untuk gigi yang kuat. Gigi anda tertanam dalam tulang rahang. Jika kepadatan tulang rapuh, gigi anda tidak akan mempunyai pijakan yang kuat. Jadi, untuk mendapatkan banyak kalsium rajinlah makan makanan dan minuman yang mengandungi kalsium seperti brokoli, sardin, salmon, yoghurt, susu, dan keju.

3. Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk menjaga gusi anda sihat dan bebas penyakit. Vitamin C juga akan menguatkan pembuluh darah rangkaian ikat yang menahan gigi di rahang. Selain itu, manfaat dari vitamin C boleh membantu mengurangkan keradangan gusi. Anda dapat meminum suplemen vitamin C untuk meningkatkan kesihatan gigi atau makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan, kacang-kacangan, dan sayur-sayuran.

4. Minum Air Putih

Air membantu membersihkan zarah makanan yang tertinggal di dalam gigi. Jika anda tidak sempat menyikat gigi, minimal anda harus berkumur dengan air selepas makan. Minum teh hijau tanpa gula juga baik untuk gigi anda kerana dianggap boleh membantu mencegah kerosakan gigi. Teh hijau juga mampu untuk membunuh bakteria pada gigi. Dan teh hijau lebih kecil kemungkinannya untuk menyebabkan noda pada gigi berbanding teh biasa.

0 Response to "Cara Mencegah Sakit Gigi"

Post a Comment