Sebab Musabab Banyak Andalusia Di Malaysia!



Bismillahhirrahmanirrahim.

Semakin ramai pula andalusia (anak dara tua) yg saya temui. Tak tahu pun boleh ditemui dimana-mana. Di Universiti Malaya ni, staf nya yg belum kahwin pun ramai. Dari kerani sampailah profesor. Dari kalangan kawan-kawan saya pun ramai. MJ?… pun ada.

Saya menulis sebagai mesej kepada andalusia tentang pergaulan dan perjalanan mencari pasangan.

1. Berkawanlah dengan lelaki yg boleh harap. Jangan set dalam kepala mesti cari lelaki yg bujang. Jodoh tu bukan kira bujang atau yg dah beristeri.

2. Jika berkawan dengan lelaki yg sudah beristeri, renung-renungkanlah sejauh mana hubungan tu boleh pergi. Kalau nampak takleh blah, elok blah lebih awal. Kalau nampak lelaki tu kuat sanggup randuk payah hidup dan caci-maki, ada lah harapan. Yg penting buat bagi elok.

3. Kalau dah bertemu, jangan dipayahkan walimah. Mudahkan lah. Tapi mesti demand utk hak-hak yg diperlukan sepanjang perkahwinan dan masa depan. Boleh buat surat perjanjian, mati stem.

4. Kalau dah dapat tu jangan lah pulun sorang. Bertimbang rasalah dengan peluang yg Allah dah beri tu. Dalam dunia tak ada hukum karma. Memang tak ada. Cuma kalau kita buat jahat, Allah akan bayar tunai, cash.

Rata-rata andalusia yg saya kenal, sulitnya mereka ialah selalu bertemu dengan lelaki yg dah beristeri. Selalu kandas separuh jalan. Memang lah, poligami ni bukan perkara yg diizinkan oleh masyarakat. Kalau tak tahan tulah, elok blah.

Berbual kasar dengan member saya yg andalusia, senang saya berpesan kepada dia.

“Lu jangan set cari yg solo jer beb. Luaskan pencarian. Yg penting dia boleh randuk payah hidup, sanggup bela lu, jaga lu, didik lu. Masyarakat punya maki lu buat pekak jer. Kalau ikut kehendak masyarakat, lama nanti lu jadi harta awam jer. Paling tidak, pakai kata buruk dalam kain jer lah. Ingat diorang nak kisah lu punya duka-lara? Tak de nyer… Apa yg penting, jangan lawan Allah.”

Nota: penulisan macam ni memang sensitif. Hari ni rasanya akan ada manusia yg hukum saya masuk neraka.

Yer lah… Sebab yg andalusia tu bukan hang. Bukan kak hang. Bukan adik hang kan… Hang nak berkeras cara hang silakanlah. Moga-moga nanti kena anak hang pulak jadi andalusia. Benda buruk dlm kain, tak pun jadi harta awam, semua org boleh ambik pakai.

cc: Cikgu Hairul

0 Response to "Sebab Musabab Banyak Andalusia Di Malaysia!"

Post a Comment