Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau | Tips Dan Cara Mencegah Risiko Dan Bahaya Akibat Cuaca Panas Melampau. Mencegah Adalah Baik Daripada Mengubati. Terutamanya Untuk Mereka Yang Berisiko Tinggi, Adalah Dinasihatkan Untuk Berhati-Hati Dalam Keadaan Cuaca Panas. Di Bawah Adalah Tip–Tip Pencegahan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kesan Kesihatan Dan Risiko Disebabkan Cuaca Panas Melampau
· Keletihan/Kelesuan Akibat Dari Panas (Heat Fatigue)
· Pitam/Pengsan Akibat Dari Panas (Heat Syncope)
· Kekejangan Akibat Dari Panas (Heat Cramps)
· Keletihan/Kepenatan Akibat Dari Panas (Heat Exhaustion)
· Strok Akibat Dari Panas (Heat Stroke)
Tanda Dan Gejala Kesihatan Berkaitan Dengan Cuaca Panas Terik
Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada situasi atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi ialah ;-
· Sakit Kepala
· Keletihan
· Tumpuan Lemah
· Pening
· Lemah Otot–Otot Badan Atau Kekejangan
· Mual Dan Muntah
Tips Ketika Cuaca Panas Melampau, Perlulah :
· Minum Dengan Banyak, Tanpa Mengira Tahap Aktiviti Anda.
· Berada Di Dalam Rumah/Bangunan
· Hadkan Aktiviti Luar
· Berehat Dengan Kerap
· Mandi Atau Buka Kipas Angin Untuk Meyejukkan Anda
· Pakai Pakaian Yang Ringan, Berwarna-Terang, Dan Longgar.
· Pakai Topi Atau Payung Yang Besar
Tips Ketika Cuaca Panas Melampau, Elakkan :
· Minum Minuman Yg ber Kafein, Alkohol @ Kandungan Gula Yg Tinggi.
· Membiarkan Seseorang Di Dalam Kereta Yang Bertutup.
· Bersenam Dalam Cuaca Panas
0 Response to "Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau"
Post a Comment