5 Tanda Anda Benci Terhadap Kerja Anda


5 Tanda Anda Benci Terhadap Kerja Anda | Alam kerja merupakan satu alam yang sangat mencabar. Banyak situasi yang dialami semasa di alam kerja sama ada anda suka akan kerja anda, anda kerja kerana terpakasa mahupun anda memang tidak sukakan terhadap kerja anda. Disini saya nak kongsi 5 tanda-tanda anda benci atau tidak sukan terhadap kerja anda. Mungkin anda tidak sedar, jadi teruskan membaca!

1. Seksa nak bangun pagi

Bukan sebab dah dapat cuti lama dan terpaksa bangun awal pagi Isnin untuk mesyuarat tetapi ini kerana anda terlalu bencikan kerja anda sehingga rasa setiap hari kena bangun pagi macam bangun nak pergi neraka dunia.

2. Anda sentiasa mengantuk

Tak berjaga malam siapkan kerja pun masih rasa mengantuk. Dah masuk sepuluh cawan kopi yang diteguk namun masih juga rasa penat. Sekejap mengintai jam tangan dan rasa seperti masa tidak berlalu langsung.

3. Masa tidak berada di pejabat merupakan masa paling berharga

Samada berjumpa klien di luar pejabat ataupun pergi makan tengahari di luar pejabat memang rasa nikmat. Janji tidak duduk menghadap komputer lagi!

4. Anda sentiasa mencari kerja lain

Resume dihantar merata dan siap melakukan kerja sampingan sehingga anda temui sesuatu yang jauh lebih baik daripada kerja sekarang ini.

5. Benci kerja lebih masa

Apa? Overtime? Perkataan yang anda paling benci nak dengar. Duduk di pejabat bermula jam 9 pagi sehingga jam 5 petang pun dah rasa macam nak mati, apa lagi kalau terpaksa duduk di pejabat sampai lewat malam biarpun dihujung bulan anda mendapat gaji lebih.

Haa. Anda ada tanda-tanda macam ni? Kalau ada memang sah la anda benci terhadap kerja anda. Jadi bagaimana nak tangani masalah ni? In Shaa Allah nanti kalau ada kelapangan saya cuba kongsi.

Sumber

0 Response to "5 Tanda Anda Benci Terhadap Kerja Anda"

Post a Comment