''Bandar Tanpa Arjuna''

''Bandar Tanpa Arjuna''|

Bulan mula terbit dan kawasan perkampungan Armenia kelihatan tenang serta sunyi.Melewati sebidang tanah yang diusahakan dan di sebalik dinding batu dalam rumah bata kecil itu,kelihatan kanak-kanak ditidurkan di atas katil dan cerek di dapur.

Seorang wanita berkata-kata dengan suara yang halus di telefon. Suaranya seperti keletihan, tetapi penuh emosi.Manakala, bila lewat Subuh, seorang lagi perempuan bangun dan menyelimuti rambutnya dengan selendang melangkah keluar dalam embun pagi itu.



Dia membawa ternakannya keluar dari kandang kayu dan terus ke padang ragut.Ada wanita lain pula dengan tangan urat-urat kasar timbul di tangan serta dahi berkerut mengupas kulit kentang tanpa mengenal penat lelah bagi menyediakan makanan untuk keluarganya.Di perkampungan Lichk di Armenia, anda terjumpa ramai wanita bekerja keras, tetapi tiada kelibat lelaki kerana suami mereka berada beribu-ribu batu jauhnya.

Disebabkan keadaan ekonomi yang sukar di perkampungan ini, 90 peratus lelaki meninggalkan Lichk untuk bekerja di sektor pembinaan di Russia dengan gaji lebih baik.Justeru, dalam tempoh setahun, kaum wanita akan menguruskan kampung itu selama sembilan bulan.Mereka adalah wanita yang tabah. Ketabahan dan kecekalan menguatkan mereka kerana bukan saja berani menjaga ahli keluarga, malah turut bertanggungjawab ke atas kampung itu.



Jurugambar, Julien Pebrel ketika bekerja di wilayah Caucasus, terdengar khabar angin mengenai bandar tanpa lelaki. Dia dan penterjemahnya melakukan beberapa siasatan dan mendapati cerita itu benar lalu tinggal di sana selama dua minggu bagi menulis cerita mengenai kehidupan kaum wanita di Lichk.Pebrel tinggal bersama Anoush dan Ruzanna, dua orang kakak ipar yang tinggal bersama dengan keluarga
manakala suami mereka bekerja di Russia.

Dia merakamkan keindahan suasana perkampungan itu dengan kamera filem digital Rolleiflex dalam situasi lampu rendah."Sebab itulah saya sukakan filem. Anda tidak perlu melakukan pasca-produksi bagi mendapatkan sudut warna menarik". Dan memang benar kerana rakaman gambarnya itu seolah-olah kembali ke zaman lalu.Wanita di perkampungan ini melakukan semua kerja lelaki seperti bertani, memetik sayur-sayuran, mengembala ternakan di kawasan berlumpur, mencukur bulu kambing, membakar roti dan membesarkan anak.



Jika berjalan-jalan di perkampungan itu, anda akan terjumpa generasi tua memakai topi dan denim sambil berbual-bual dan bermain kad di atas meja kayu usang.Kumpulan lelaki ini berkhidmat sebagai sumber yang berkuasa ke atas sekolah budak lelaki yang tidak dikawal dan memberi sokongan kepada menantu mereka. Tetapi menurut Pebrel, 'wanita masih tetap melakukan segala pekerjaan'.

Pada mulanya, Anoush dan Ruzanna tidak mahu membincangkan soal emosi mengenai kehidupan mereka tanpa lelaki, tetapi akhirnya mereka akui, meski pun sebahagian besar wanita di bandar mempercayai suami mereka, masih wujud rasa takut kaum lelaki menjalani kehidupan rahsia di Russia.
Lebih buruk lagi apabila beberapa lelaki tidak kembali ke kampung. "Kami cuba untuk tidak memikirkan terlalu banyak perkara itu," kata wanita itu.

Suasana musim sejuk di perkampungan itu meriah seperti perayaan apabila kaum lelaki kembali bercuti akhir tahun. Ia dipenuhi majlis perkahwinan, parti dan kelahiran.Ia adalah masa untuk menyatukan kegembiraan walaupun ada kanak-kanak tidak mengenali bapa mereka.

0 Response to "''Bandar Tanpa Arjuna''"

Post a Comment