Perasan atau tidak, semakin ramai anak muda di negara ini yang semakin minat bersukan dan mengamalkan gaya hidup aktif. Senario ini menyebabkan lebih banyak jenis sukan dan aktiviti kecergasan baru wujud dan dianjurkan.
Jika dulu sukan bola sepak, bola keranjang, maraton, bola tampar kemudian futsal sering dijadikan pilihan untuk melakukan aktiviti bersukan, kini ada beberapa jenis sukan dan aktiviti kecergasan yang unik semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan orang muda.
Kebanyakan sukan dan aktiviti kecergasan ini adalah gabungan satu jenis sukan dan beberapa sukan yang lain ataupun sejenis sukan dengan elemen yang baru. Jom kita lihat beberapa contoh yang ingin dikongsikan Gen Y dengan pembaca.
Dodgeball trampolin
Siapa yang tidak suka sekiranya dapat melompat-lompat sambil membaling bola kepada kumpulan lawan. Sukan baru ini sememangnya kedengaran dan kelihatan sangat menarik dan menyeronokkan. Ia mula diperkenalkan sejak beberapa tahun dulu dan sangat popular dalam kalangan remaja di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Sukan dodgeball iaitu sukan membaling bola ringan kepada ahli pasukan lawan dimainkan di atas alat trampolin yang melantunkan badan apabila kita melompat di atasnya dan sasaran harus mengelakkan diri daripada terkena bola. Pasukan yang mempunyai ahli yang terselamat akhirnya dianggap kumpulan pemenang. Sukan ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan anak muda aktif di negara ini sejak tahun lalu kerana kemunculan beberapa pusat sukan berkonsepkan alat trampolin di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Zumba akuatik
Zumba adalah satu aktiviti kecergasan yang menggabungÂkan langkah senaman dengan tarian dan peserta bersenam sambil diiringi muzik rancak. Ia diperkenalkan di Colombia pada 1998, namun tidak begitu mendapat sambutan ketika itu.
Namun sejak beberapa tahun lalu, ia mula dikenali dan diminati di Asia terutamanya di Malaysia. Pusat gimnasium dan kesihatan sibuk mengadakan sesi zumba hampir setiap hari.
Ia semakin diminati apabila zumba akuatik iaitu senaman zumba yang dilakukan dalam kolam renang diperkenalkan. Seperti diketahui ramai, aktiviti senaman dalam air antara aktiviti senaman paling bagus kerana ia menggerakkan semua otot badan. Kelebihan ini membuatkan aktiviti zumba semakin diminati dan kelas yang dianjurkan pusat kecergasan selalunya penuh deÂngan peminat aktiviti sihat ini.
Larian maraton berhalangan
Acara larian maraton berhalangan mula mendapat sambutan meluas sejak tiga tahun lalu di negara ini dan ia menjadi salah satu acara sukan baru yang disukai ramai anak muda di seluruh dunia, malah ia juga menjadi satu trend baru.
Ia mula perkenalkan pada 1987 di United Kingdom deÂngan pelari dikehendaki berlari dalam satu jarak jauh sekurang-kurangnya tiga kilometer dan mereka harus melepasi pelbagai halangan seperti memanjat tembok, merangkak, melepasi lumpur dan sebagainya.
Kebanyakan halangan adalah seperti latihan ketenteraan.
Hanya sejak beberapa tahun lalu ia menjadi popular di Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa negara maju lain kerana ia seakan-akan diberi nafas baru dengan pelbagai lagi halangan menarik diperkenalkan yang meÂngambil inspirasi budaya orang muda.
Antara acara larian maraton berhalangan yang popular dan sudahpun berlangsung di negara ini adalah Run For Your lives, Viper challenge, Maze run dan Zombie Run.
Tazer ball
Tazer ball adalah satu jenis sukan baru dicipta pada tahun 2011 di Kanada. Ia adalah seperti gabuÂngan sukan ragbi dan penggunaan alat taser yang memberi rasa renjatan pada badan. Dua pasukan yang berentap perlu merebut sebiji bola yang saiznya 10 kali ganda bola sepak dan membawanya menggunakan tangan ke ruang markah.
Jika dalam sukan ragbi pasukan lawan akan mengÂgunakan badan untuk menjatuhkan lawan dalam merebut bola, dalam tazer ball pula, alat taser berkuasa kurang 50,000 volts digunakan untuk melemahÂkan ahli pasukan lawan. Ia sedikit membahayakan dan tidak dibenarkan di beberapa negara yang mengharamkan penggunaan alat taser. Namun kejohanan antarabangsa sering diadakan di Thailand, Kanada dan Eropah.
0 Response to "Sukan-sukan pelik yang kini popular dalam kalangan remaja!"
Post a Comment