Apa Hukum Guna Wi-Fi Jiran?|
Assalamualaikum ustaz,
Nak tanya soalan,
apakah hukum guna internet wireless orang lain tanpa pengetahuan si empunya ? contohnya jiran sebelah ada router internet wireless, kemudian dapat dicapai oleh laptop di rumah saya, boleh tak saya pakai jika boleh digunakan dan masuk internet secara percuma ?
tolong jelaskan sebab perkara ni agak mengelirukan takut2 mengambil hak orang lain. macam mana ustaz ?

Jawapan:
Apabila seseorang menggunakan wireless modem dia diberi pilihan untuk meletakkan password (secured network) bermakna untuk dirinya sahaja atau orang lain yang diberitahu passwordnya, atau tanpa password (unsecured network) bermakna sesiapa sahaja yang dapat ‘line’nya boleh menggunakannya tanpa sekatan. Dari situ difahami bahawa kalau seseorang itu tidak meletakkan password, bermakna dia memberi kebenaran kepada orang lain untuk menggunakannya. Lagipun bayaran bulanannya tidak berubah, samada dia pakai seorang ke atau ada orang lain lagi yang pakai. Jadi hukumnya adalah harus selagimana tidak memudaratkan tuan punya wireless. Oleh itu, janganlah kita download berlebihan seperti menggunakan torrent dan sebagainya yang akan menyebabkan pemilik wireless tersebut mencapai limit perkhidmtannya dan akibatnya talian internet menjadi lambat.
Sekian
Wallahu a’lam.
Disediakan oleh:
Ahli Panel Majlis Ulama ISMA
Ahli Panel Majlis Ulama ISMA
0 Response to "Apa Hukum Guna Wi-Fii Jiran?"
Post a Comment