Rahsia-rahsia ''Bahasa Rambut'' yang ramai tidak ketahui!




Baik wanita mahupun lelaki, kedua-duanya mempunyai daya tarikan tersendiri. Admin akui si gadis mempunyai aura melalui pergerakan rambut yang dilakukan.

Tidak perlu sebut kita sudah tahu yang rambut adalah ibarat mahkota seorang gadis. Tapi penulis percaya jarang antara anda semua terutama lelaki yang mengetahui ada mesej tersembunyi di sebalik setiap gerakan seperti kibasan dan sentuhan dilakukan si gadis.

Bagi wanita, jangan pula hairan jika pasangan anda tiba-tiba saja menunjukkan reaksi bahawa dia memahami sesuatu tentang kamu. Pasti kamu tertanya-tanya apakah yang difikirkan mereka dengan setiap gerakan di kawasan rambut yang dilakukan kamu. Jom baca!

Mengibas

Selalunya kita melihat aksi ini sering dilakukan dalam iklan produk rambut, tapi jika ia berlaku di hadapan kamu, percayalah gerakan itu ada maksudnya tersendiri. Gadis yang gemar mengibas rambut ketika bersembang lebih sinonim dengan nilai keyakinan diri yang tinggi dan lebih bersemangat. Di mata si jejaka, gadis sebegini menampilkan sikap paling disukai iaitu daya tarikan yang sangat feminin.

Merapikan rambut

Bagi fahaman lelaki, wanita yang sering merapikan dan menyisir rambut ketika bersembang merujuk kepada mereka yang muda didekati selain kaya sifat peramah. Kebanyakan lelaki melabelkan gadis sebegini sebagai golongan yang suka menjaga penampilan selain ingin kelihatan kemas di hadapan orang lain.

Memintal

Jangan pula hairan jika aksi kamu sedang memintal rambut menunjukkan daya tarikan yang menggoda pada si lelaki kerana hakikatnya mereka beranggapan begitu. Bagi lelaki, gadis seksi gemar memintal rambut. Jika kamu sedang memintal rambut saat kamu dan si dia sedang bertentang mata, mereka akan menganggap kamu cuba menggoda dirinya. Pada saat ini, jangan pula tunjuk reaksi pelik apabila si dia tiba-tiba 'tunduk' dengan kamu.

Bermain rambut

Diri kamu yang sedang bermain rambut seperti menyisir dan membetulkan tocang sebenarnya membawa maksud kamu seorang yang gemar menunjuk-nunjuk dengan apa yang ada. Bagi kaum Adam, gadis sebegini hanya ingin mencuri perhatian dan tidak lebih dari itu.

Menyentuh

Tidak kira lelaki ataupun perempuan, gerakan seperti selalu menyentuh rambut dengan jari-jemari atau tapak tangan saat bersembang dengan individu berlainan jantina sebenarnya membawa maksud kamu sedang tertarik pada individu itu. Oleh itu, perhatikan pula siapa saja yang sedang lakukan aksi itu ketika berbual dengan kamu. Mungkin si dia sudah lama menyukai kamu tanpa kamu mengetahuinya.

Mengikat rambut atau melepaskannya

Percaya atau tindak, tindakan kamu mengikat rambut dan kemudian melepaskannya beberapa lama kemudian sebenarnya boleh menarik jejaka untuk mendekati kamu. Bagi si jejaka, gadis yang lakukan tabiat ini lebih terbuka dan selesa untuk dijadikan kenalan baru. Jangan pula hairan jika selepas ini ramai jejaka yang akan mendekati kamu dan jadi lebih spontan ketika bersembang bersama kamu.

0 Response to "Rahsia-rahsia ''Bahasa Rambut'' yang ramai tidak ketahui!"

Post a Comment